Penulisan di sini hanyalah satu garapan imaginasi biasa sahaja, tiada kena-mengena dengan sesiapa..jika ada itu hanya satu kebetulan..Maaf andai ada yang terasa..Maaf juga untuk sebarang kekurangan..saya mengalu-alukan sebarang komen sahabat sekalian...

Saturday, January 5, 2013

Novel: Jangan Bersedih Lagi (Bab 31)


Bab 31

“Apa yang merepek ni??? Duit apa lagi??”
Aniyah sedikit terkejut mendengar suara Dhaniyah ketika dia melintasi bilik adiknya.  Ketika itu niatnya mahu turun ke bawah. Kebetulan dia perlu melalui hadapan bilik adiknya terlebih dahulu sebelum menemui anak tangga.
“Apa???” Sekali lagi Dhaniyah memekik tanpa menyedari ada telinga yang sedang mendengar perbualannya di luar bilik. Dia ketika itu sedang berdiri membelakangi pintu biliknya yang ternganga luas. “Eh sekejap...” Terdengar desak nafas Dhaniyah turun naik menahan marah. “Tak guna!!!” Melenting Dhaniyah membuatkan Aniyah terpinga mendengar jeritan adiknya di talian.
Dengan tidak semena-mena Dhaniyah memusing tubuhnya. Dia terperanjat melihat Aniyah di depan muka pintu biliknya yang terbuka.  Begitu juga Aniyah. Mereka sama-sama terkejut saat mata bertentang mata. Segera Dhaniyah bergerak menuju ke pintu biliknya yang ternganga luas.
Bump!!!
            Satu hempasan yang kuat benar-benar mengejutkan Aniyah.  Hampir mahu luruh jantungnya dengan perbuatan kasar adiknya itu. Tergeleng kepala Aniyah dengan perbuatan adiknya itu. Perlahan-lahan dia mengatur langkah menuju ke tangga sambil membawa katalog kondominium.
            “Mak Cik Bibah ada nampak daddy tak?” soal Aniyah sebaik bertembung dengan Mak Cik Bibah di ruang tamu. Orang tua itu sedang membersih permukaan sofa.
            “Rasanya awal pagi lagi daddy Niya dah keluar,” jawab Mak Cik Bibah seraya mengelap peluh yang memercik di dahinya dengan kain yang melilit lehernya. “Kenapa?”
            Aniyah tersenyum sambil menggeleng. Rasanya tidak perlulah dia memberitahu Mak Cik Bibah tujuannya itu. “Mummy mana?”
            “Rasanya ada program persatuan dia kot. Malam semalam dia suruh Mak Cik Bibah iron baju dia.”
            Aniyah mengangguk faham. Dia sudah arif dengan kegemaran mummynya itu. Waktu lapang banyak dihabiskan dengan aktiviti berpersatuan.
            “Patutlah sunyi aje rumah ni,” komen Aniyah sambil matanya meliar memerhati suasana rumahnya. Sunyi? Entah mengapa pandangannya tiba-tiba melekat pada bilik adiknya yang tertutup rapat. Ehm...
            “Kamu tak pergi mana-mana ker?” tanya Mak Cik Bibah sambil membersih habuk pada gubahan bunga di atas meja.
            “Entahlah. Tak tahu lagi. Kenapa?”
            Mak Cik Bibah mengangkat tubuhnya yang tadinya duduk bersimpuh di atas lantai. “Tak adalah. Saja Mak Cik Bibah tanya,” balas Mak Cik Bibah sambil tersenyum. “Mak Cik Bibah tengok bengkak pada kaki adik kamu dah pulih.”
            “Rasanya macam tu kot Mak Cik Bibah. Tak dengar pun dia mengeluh sakit,” komen Aniyah. Tergambar di wajahnya susuk tubuh adiknya sebentar tadi. Memang dia tidak nampak lagi kesan-kesan bengkak di kaki adiknya itu. Lagipun sudah beberapa hari adiknya itu tidak memintanya mengurut.  Jika tidak, setiap hari pasti paling kurang tiga kali.
            “Sayang betul kamu dengan adik kamu, ya?”
            Aniyah tersentap mendengar bicara Mak Cik Bibah itu. Dahinya berkerut seribu tanda dia tidak memahami maksud kata-kata orang tua itu.
            Mak Cik Bibah tersenyum. “Dahlah. Mak Cik Bibah nak masuk dapur. Dah nak tengah hari ni,” ujar Mak Cik Bibah sambil menepuk mesra bahu Aniyah. “Niya nak makan ikan patin gulai tempoyak?” soal Mak Cik Bibah.
            Pantas Aniyah mengangguk. Wajahnya bersinar ceria. “Lama tak makan. Ada ikan patin ker?”
            “Alhamdulliah. Rezeki hari ni,” jawab Mak Cik Bibah sambil tersenyum. Dia mencapai bulu ayam di atas meja. “Mak Cik Bibah masuk ke dapur dululah ya?”
            Aniyah mengangguk. Matanya menghantar pemergian Mak Cik Bibah.
            Suasana bertukar hening.  Aniyah kini sendirian di ruang tamu yang sebesar dua bilik tidur bersaiz empat segi. Dia menghempas tubuhnya di atas sofa. Kebosanan mula menggigit hatinya. Dipandang katalog di tangan. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Pantas dia menggagau telefon bimbit dalam poket seluarnya.
            “Umai awak free tak sekarang?”
            “Kenapa?”
            “Teman saya keluar.”
            “Oh sebenarnya saya dah janji nak keluar dengan kawan saya tapi tak sure lagi. Saya call Cik Niya semula ya. Dalam setengah jam macam tu.”
            “Ouh okey. Tapi kalau awak sibuk, tak apa.”
            “Tak adalah. Nanti saya call Cik Niya semula.”
            “Baik-baik.”
            Talian putus sebaik mereka berbalas salam. Aniyah bersandar tubuhnya di belakang sofa. Entah kenapa dia tiba-tiba terfikir untuk pergi melawat kondominium itu. Selama ini tidak tergerak pun untuk dia berbuat demikian. Barangkali kebosanan membuatkan akalnya berfikir ke arah itu.
            “Eh apa hubungan kau dengan Epul, ha? Apa tujuan kau hantar gambar tu pada aku??”
            Aniyah terperanjat sebaik disergah suara itu. Matanya memandang tidak berkelip ke arah adiknya yang kini kalut menuruni anak tangga. Telefon bimbit masih dilengkapkan di cuping telinga.
            “Tak guna punya perempuan!” jerit Dhaniyah sambil menggenggam telefon bimbitnya.  Kecut perut Aniyah melihat reaksi adiknya itu. “Kau jaga perempuan. Kau ingat kau tu anak Tan Sri, kau boleh mengendeng kat Epul. Kau belum kenal aku siapa!” Pantas Dhaniyah berlari ke muka pintu. Aniyah terpaku memandang.
            Kring!! Kring!!
            Aniyah terkejut dengan bungi telefon bimbitnya. Diurut dadanya seketika meredakan rasa di hatinya.  Telefon di tangannya dipandang lalu dia menjawab panggilan yang masuk.
            “Boleh Cik Niya. Kawan saya tak jadi keluar.”
            Aniyah menarik nafas lega. “Okey, saya ambil awak.”

12 comments:

  1. eh ada novel... berbakatnya awak tulis novel... kena baca dari awal ni... done follow u dear... Noob

    ReplyDelete
  2. hye..done follow u..c me back.. nt,free2 nk dtg baca novel :)

    ReplyDelete
  3. nice... :)
    nnt ade mase jln2 blog kite k..
    http://aeidahlatiff.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum, is singgah blogwalking sambil isi/klik tabung $$ untuk masa depan yang lebih cerah, tapi xder shoutbox dengan nuffnang pun is tengok?

    Santai iskandarX
    Info Corner by Noor Mala Shahar

    ReplyDelete
  5. Ada sambungan takkk? please sambunggg

    ReplyDelete
  6. nice post! first time i am going to bookmark post of any other person on my social accounts but i like this.

    wholesale gold necklaces & bracelets

    ReplyDelete
  7. thanks smua.. maaf agak lama tak up date..huhu..

    ReplyDelete
  8. I have read your article, I think this is very good! Simple language, concise blog! Another kind of style! I like.The blog article very surprised to me! Your writing is good. In this I learned a lot! Thank you

    Electromagnetic Lock Dealers in Bhubaneswar

    ReplyDelete
  9. Good efforts. All the best for future posts. I have bookmarked you. Well done. I read and like this post. Thanks.
    wholesale Jewelry

    ReplyDelete
  10. Very nice post! I like this...Keep it up! Thanks for sharing!
    wholesale Jewelry

    ReplyDelete