Penulisan di sini hanyalah satu garapan imaginasi biasa sahaja, tiada kena-mengena dengan sesiapa..jika ada itu hanya satu kebetulan..Maaf andai ada yang terasa..Maaf juga untuk sebarang kekurangan..saya mengalu-alukan sebarang komen sahabat sekalian...

Thursday, May 17, 2012

Novel:Jangan Bersedih Lagi (Bab 7)



BAB 7

“Cik Niya!!”  tegur Umairah agak kelam-kabut sebaik terpandang susuk tubuh Aniyah yang baru melangkah masuk ke dalam ruang pejabat.
“Ya saya..” balas Aniyah agak terkesima dengan teguran pembantunya itu.
“Kenapa saya call tak angkat?” soal Umairah keresahan.
Serta-merta Aniyah mencari telefon bimbitnya dalam beg tangannya. “Bila awak telefon saya, Umai?” soal Aniyah pada pembantunya itu. Seingatnya tiada sebarang panggilan masuk yang diterimanya hari ini. Mustahil telefon bimbitnya rosak.  Namun dia tidak mahu terus membuat kesimpulan.  Lantas, punat telefon bimbitnya ditekan. Namun skrin telefonnnya gelap. “Bateri habis,” keluh Aniyah apabila menyedari hal sebenar. Wajah Umairah ditatap penuh rasa bersalah.
“Patutlah call berkali-kali tak angkat,” ucap Umairah lega. Hilang sudah kebimbingan di hatinya. Patutlah semua panggilannya tidak berjawab. Rupanya telefon bimbit ketuanya sudah kehabisan bateri.
“Ada hal mustahak ker? ” tanya Aniyah tidak bertangguh. Hatinya berasa tidak enak. Reaksi yang ditunjukkan Umairah jelas mengambarkan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.
Segera Umairah menggangguk. “Tadi Encik Saiful ada telefon. Dia ada sampaikan pesanan untuk Cik Niya. Dia minta Cik Niya ke tapak projek bangunan rumah kedai di Jalan Sentosa,” jawab Umairah membalas pertanyaan ketuanya itu.
Aniyah terkejut. Dahinya berkerut. “Kenapa pula?”
Serta-merta kedengaran keluhan terlontar dari mulut Umairah. “Pekerja buat hal. Bergaduh!”
Aniyah makin terkejut. “Ha, bergaduh?” seru Aniyah seakan tidak percaya dengan apa yang disampaikan pembantunya. “Kenapa? Tak pernah-pernah buat hal. Tiba-tiba boleh jadi begini.”
Wajah Umairah kembali dibalut keresahan. “Entahlah Cik Niya. Tak sempat nak tanya banyak-banyak pada Encik Saiful. Dia terus putuskan talian.”
Aniyah mengeluh. Nampaknya dia harus ke tapak projek bagi mendapatkan info lanjut tentang situasi sebenar yang sedang berlaku di sana. “Kalau macam tu, saya ke sana sekarang. Awak tolong uruskan hal-hal pejabat. Yang mana perlukan segera, awak uruskan. In case perlukan saya buat juga, just letak dalam box urgent. Saya mungkin balik semula pejabat tapi tak pasti bila. Saya perlu uruskan semua hal di sana terlebih dahulu. Segala meeting hari ini, awak gantikan tempat saya, ya.”
“Baiklah, Cik Niya.” Terangguk-angguk Umairah tanda faham dengan arahan ketuanya itu.
“Terima kasih Umai. Saya pergi dalu,” ucap Aniyah seraya menepuk lembut bahu pembantunya. Dia pantas berlalu.
“Hati-hati Cik Niya!” lauang Umairah.
Aniyah sekadar mengangkat tangan membalas kata-kata pembantunya itu. Dia terus bergegas mengatur langkah meninggalkan pejabat Neraca Holdings. Dia tahu dia sudah lewat. Semuanya atas kesilapan dirinya yang tidak menyemak terlebih dahulu telefon bimbitnya.
***
Setibanya Aniyah di tapak pembinaan, jarum jam sudah berada di angka sembilan! Dia benar-benar sudah lewat. Tadi dia terkandas dalam kesesakan jalan raya. Memang malang betul nasibnya hari. Sudahlah bateri telefon bimbitnya habis. Tersangkut pula dalam kesesakan jalan raya. Entah apalagi malang yang menantinya sebentar nanti. Mungkin dimarahi! Ya dia pasti akan itu. Kereta BMW berwarna hitam dipandang dengan rasa cuak.
 Tawakal sahajalah. Langsung diatur langkahnya meninggalkan perkarangan tempat letak kereta.
Keadaan di kawasan perkarangan tapak projek sekeliling yang sepi dan hening  menyambut ketibaannya. Aniyah diselaputi rasa hairan melihatkan keadaan sekelilingnya. Dilihat pekerja-pekerja sedang gigih menyiapkan kerja pembinaan. Dia bingung. Keadaan tenang sahaja. Dia ingin menelefon semula Umairah bagi mendapatkan kepastian tentang kebenaran kejadian yang dikhabarkan tadi. Namun apabila teringatkan keadaan telefon bimbitnya, dia mengeluh.
“Cik Niya…”
Teguran itu menyentak lamunan Aniyah. Dia menoleh ke belakang. Luqman berdiri sambil memegang dua bekas cawan plastik berisi minuman. Kelihatan kepulan asap keluar dari kedua-dua cawan plastik itu.
“Baru sampai ker?” soal Luqman yang kini sudah berdiri di hadapan Aniyah.
Dengan lemah Aniyah menggangguk. “Saya dapat maklumat ada masalah di sini. Tapi…” Terhenti kata-kata Aniyah. Matanya memandang sekeliling. “Tak ada apa-apapun,” sambung Aniyah semula sambil memandang ke arah Luqman di hadapannya.
Luqman tersenyum. “Panjang ceritanya Cik Niya.”
Dahi Aniyah berkerut dengan tidak semena-menanya.
“Jom kita ke bilik rehat. Sambil jalan, saya ceritakan pada Cik Niya,” ajak Luqman.
Aniyah hanya mampu menggangguk.
            “Eh, air untuk Cik Niya tak ada. Apakata kita singgah dulu di mesin air.” Luqman bersuara apabila menyedari hanya ada dua bekas cawan plastik sahaja di tangannya.
            “Tak perlulah. Tadi di rumah dah sarapan,” tegah Aniyah beralasan.
            “Betul ni?” soal Luqman meminta kepastian.
            Aniyah pantas menggangguk. Memang betul dia sudah bersarapan di rumah sebelum datang ke pejabat. Perutnya masih penuh berisi. Namun itu semua tidak penting baginya. Ada perkara yang lebih mustahak yang perlu diurusnya. Fikirannya kini hanya tertumpu pada hal di tapak projek. Selagi dia tidak tahu kisah sebenar, hatinya tidak akan tenteram dan fikirannya tidak tenang. “Lama dah ker sampai?” Aniyah memulakan bual bicara ketika baru memulakan langkah bersama dengan Luqman.
            “Lebih kurang sejam lebih jugalah.”
            Aniyah mengeluh mendengar jawapan itu. “Bateri handphone saya habis. Saya dapat tahupun sebab Umai bagitau masa sampai kat pejabat tadi. Ingat boleh sampai cepat, sangkut pula kat jalan,” keluh Aniyah sekali lagi di akhir katanya.
            “Oh patutlah call banyak kali tak angkat,” balas Luqman. “Tak apa, nanti saya back up Cik Niya time berdepan dengan bos.”
            Terhenti langkah kaki Aniyah.  Wajah Luqman ditatap keresahan. Hatinya mula berdetak tidak enak. “Bos marah,ya?”
            Luqman tayang sengihan. Aniyah mengeluh. Faham benar dengan maksud sengihan itu. Nampaknya dia perlu kuat berhadapan dengan amukan ketuanya yang bernama Ahmad Saifullah Sayyidi walaupun dia sendiri tidak tahu bagaimana bentuk amukan lelaki itu. Selama dia mengenali lelaki itu, dia tidak pernah lagi terkena tempias amukan lelaki itu. Jadi dia perlu bersedia dari segala segi baik mental, emosi, rohani, mahupun jasmani.
            “Jangan risau. Hero ni akan tolong!” Suara Luqman berbau jenaka sambil mendabik dada.
Aniyah tersenyum kelat. Tidak terdaya dia mahu menyambut gurauan lelaki itu. Kepalanya tika ini hanyalah berpusatkan pada seraut wajah milik Saiful.
“Apa sebenarnya yang telah terjadi?” soal Aniyah perlahan. Dia rasa dia perlu tahu keadaan yang telah berlaku di tapak projek bagi mengelakkan dia mati kutu ketika berhadapan dengan Saiful. Sekurang-kurangnya dengan bertanyakan hal itu kepada Luqman, dia mendapat sedikit gambaran tentang apa yang sudah terjadi di tapak pembinaan. Dengan ini adalah juga idea untuk dia ‘mempertahankan diri’ ketika berhadapan dengan Saiful nanti.
“Kes gaduh,” jawab Luqman pendek. Langkah kakinya terus bersaing dengan langkah Aniyah.
“Gaduh? Pasal apa?” soal Aniyah sedikit terkejut.
“Pasal awek.”
Aniyah terpaku. Jawapan itu sangat mengejutkannya. Langkahnya terus mati. Begitu juga langkah Luqman.
“Biar betul?” Tidak berkelip mata Aniyah memandang Luqman meminta kepastian.
Anggukan Luqman membuatkan kepala Aniyah menggeleng tanda tidak percaya. “Hai, macam-macam,” keluh Aniyah lantas meneruskan langkahannya. Luqman membuntuti langkah Aniyah tanpa sebarang ulasan.
***
            Berdiri di hadapan pintu tertutup ini, benar-benar mengalun rasa debar di hati Aniyah. Di sini, kepasrahannya berlipat kali ganda. Tawakalnya menjadi berkali ganda.  Ketukan Luqman di muka pintu diiringi doa dalam bisikan hati. Moga segalanya dipermudahkan.
            “Masuk!” Suara tegas dan lantang kedengaran dari dalam. Aniyah berpandangan dengan Luqman. Luqman tersenyum, seakan cuba menyalurkan kekuatan kepada rakan sekerjanya itu. Dia mengerti perasaan Aniyah yang jelas ketara di alis mata dan di memek muka.
            Don’t worry. Hero ni ada.” Sekali lagi Luqman mahu menunjukkan keheroannya. Aniyah tersenyum sumbing. Perlahan-lahan dia melihat Luqman memulas tombol pintu bilik itu.
            “Jom.” Pelawaan itu menggusarkan hati Aniyah. Namun dia akur melangkah masuk.  Di saat itu juga, matanya sudah bertemu dengan sepasang mata helang Saiful.  Aniyah menelan air liur. Kelat. Keyakinannya mengecut dengan tiba-tiba. Keberaniannya lupus dengan tidak semena-mena.
            “Ingatkan dah mengelat dengan kerja!” bentak Saiful sebaik Luqman dan Aniyah melangkah masuk ke dalam pejabatnya.
Aniyah mengetap bibirnya. Dia tahu kata-kata pedas itu ditujukan padanya. Lantas dia diamkan sahaja dirinya kerana dia tahu dia bersalah dalam hal ini.
            “Bos, air untuk bos.” Luqman segera bersuara, cuba memesongkan suasana yang mula membara. Bekas plastik putih berisi air kopi diletakkan di hadapan Saiful dan dia kembali berdiri di sisi Aniyah.
            Saiful tidak mengendahkan pelawaan pekerjanya itu. Matanya terus menikam pandangan Aniyah yang juga sedang memandangnya. Namun pandangan gadis itu sangat bertentangan dengan dia. Takut, cuak, dan gelisah saling bergaul membuatkan rona muka itu keruh dan pucat.
Saiful tersenyum dalam hati. Aniyah sudah masuk dalam perangkapnya. Bukan mudah mahu merobohkan dinding keberanian dan keyakinan gadis di hadapannya ini. Lantas peluang yang ada akan diperguna sepenuhnya. Aniyah benar-benar sudah terperangkap!
            “Berdiri buat apa. Duduklah. Ingat kerusi tu buat perhiasan ker?” sela Saiful angkuh.
            Luqman tersengih mendengar kata-kata Saiful itu. Sebaliknya Aniyah hanya mampu menghela nafas yang terasa terlalu sempit di salur penafasannya. Dia melarikan pandangannya. Dalam keterpaksaan, kerusi di hadapannya ditarik. Dia duduk bersebelahan dengan Luqman, berhadapan dengan ‘mata helang’ Saiful.
            “Awak pergi mana? Saya telefon, kenapa tak angkat? Ingat saya tak ada kerja lain mendengar suara voice massege handset awak!” radang Saiful sambil merenung tajam ke dalam anak mata Aniyah.
Aniyah tertunduk menahan rasa. Bibirnya diketap rapat, menahan pilu. Selama berkerja di Neraca Holdings, inilah kali pertama dirinya dimarahi sebegitu. Lebih malang lagi apabila kejadian ini berlaku di hadapan kakitangan Neraca Holdings yang lain. Memalukan!!!
            “Bos.. sebenarnya..
            “Ada saya tanya awak, Luqman?” pintas Saiful sambil menjeling tajam ke arah Luqman.
Luqman termangu dengan teguran itu. Sudahnya dia hanya mampu mengeluh kecewa.  Sorry, Cik Niya. Bos dah jadi singa jadiaan. Ucap Luqman dalam hati.
“Kenapa diam?” sergah Saiful pada Aniyah di hadapan. “Apa alasan awak?”
Aniyah menikus.  Kepalanya menekur hujung meja di hadapannya. Dia memang tidak berani di saat ini. Keberaniannya bagai ditelan oleh kelantangan suara Saiful. Dia tahu dia bersalah.  Dia tahu dia silap. Jadi jalan terbaik, lebih baik dia mendiamkan diri. Tak guna dia mahu menegakkan benang yang basah kerana sudah terang kesilapan itu datangnya daripada dia.
“Apa alasan awak, Aniyah?” tekan Saiful dengan soalan yang sama.
Aniyah mengetap bibirnya. “Maaf,” ucapnya perlahan. Hanya itu yang termampu untuk dia luahkan. Itupun terlalu berat untuk dilafazkan. Tergetar-getar bibirnya saat melafazkan kalimah itu. Memang kali ini, dia kalah dengan lelaki di hadapannya.  Biarkan.  Baginya dia harus profesional.  Ego harus diletak ke tepi. Saiful di hadapannya sekarang ialah ketuanya. Lelaki itu ada hak untuk menghukumya kerana dia memang bersalah.
Saiful mendengus, menunjuk lagak protes dan tidak puas hatinya. Sebetulnya semua itu satu lakonan. Dia suka melihat Aniyah begitu.  Sudah lama dia tunggu peluang yang sebegini. Jika sebelum ini, Aniyah yang dia lihat terlalu sombong dan ego dengannya. Pantang mengalah! Ada sahaja helah wanita ini untuk mengelak daripadanya. Dia semakin faham rentak ‘permainan’ gadis di hadapannya ini. Justeru kejadian ini seakan satu rahmat baginya untuk mengubah rentak permainan gadis di hadapannya ini agar gadis itu masuk dalam rentak permainannya pula. Senyumannya makin melebar. Namun cuba disembunyikan. Ego harus dijaga.
“Awak tahu tak sebab awak, kami berdua terpaksa ‘berkampung’ di sini?” sela Saiful dengan intonasi yang masih tidak berubah. Tegas dan keras. “Awak ingat kami tak ada kerja ker kat pejabat??”
Nah, tembakan demi tembakan dilepaskan Saiful tanpa mengambil peduli perasaan Aniyah. Lelaki itu semakin suka melihat reaksi Aniyah yang bagai seorang pesalah, tunduk dengan wajah yang sedih. Saiful ketawa dalam hati.
“Mana Nurulain Fatinah Aniyah yang petah menyusun kata-kata? Mana pergi Nurulain Fatinah Aniyah yang menjadi kebanggaan Dato Ahmad Said Sayyidi?” provok Saiful bertubi-tubi. Makin galak dia mengenakan wanita di hadapannya. Wajah Luqman yang berkerut seribu langsung tidak diambil pusing.
Ketapan Aniyah pada bibir makin rapat. Hatinya terasa sakit disindir sebegitu. Memang lelaki bernama Saiful sengaja mahu menguji kesabarannya. Kreabilitinya dipersoalkan! Pantang Aniyah jika kreabilitinya dipersoalkan tanpa alasan yang konkrit. Dia mula sedar yang lelaki di hadapannya itu sengaja mahu mengenakannya dan dia tidak teragak-agak untuk mempertahankan krebilitinya yang juga sebahagian daripada maruahnya.
Segera Aniyah memanggung kepalanya. Anak matanya terus tepat mencari sasaran mata helang Saiful yang tidak seinci pun berubah riak. Tidak seperti tadi, Aniyah kali ini tidak gentar untuk berhadapan dengan serangan mata helang itu. Matanya yang takut-takut sebentar tadi berubah 360 darjah menjadi mata singa betina yang cuba mempertahankan dirinya.
“Maaf  Encik Ahmad Saifullah Sayyidi.” Senafas ayat itu dilafazkan. Cukup tegas dan lantang. “Saya tahu salah saya kerana alpa pada keadaan telefon bimbit saya. Saya tidak menyedari yang telefon bimbit saya kehabisan bateri. Saya dapat tahu berita ini pun sebaik tiba di pejabat. Serta-merta saya bergegas ke mari. Namun malangnya saya tersangkut dalam kesesakkan jalan raya. Jadi kalau pihak encik mahu juga mengambil tindakan ke atas saya, saya sedia untuk dihukum,” luah Aniyah senafas. Suaranya tegas. Di saat itu terasa ruang penafasannya terbuka luas. Dia lega dapat memuntahkan isi hatinya. Soal dengan siapa dia sedang bercakap, dia sudah tidak peduli. Baginya kebenaran harus ditegakkan. Jika dia bersalah, hukum sahaja dan bukannya membabitkan hal lain!
Luqman di sisi memandang ke arah Aniyah penuh rasa tidak percaya. Boleh tahan perempuan ini. Patutlah menjadi pekerja kesayangan Dato Ahmad Said Sayyidi. Sekali buka mulut, terpana telinga mendengar.  Luqman makin kagum dengan Aniyah apabila melihat tiada setitis pun air mata mengalir di pipi wanita itu. Aduh, keras betul hati Aniyah! Jika wanita lain, senjata ampuh itu akan diguna pakai.
Saiful terbungkam sebentar. Hilang sudah perasaan gembira di hatinya. Dia kembali tersedar bahawa inilah Aniyah yang dia kenal. Keras umpama kelikir. Disimbah air, tidak lut! Di kala ini, ada rasa kesal berladung. Mengapa takdir mengutuskan perpisahan antara dia dan Aniyah?
“Awak boleh keluar sekarang. Sekejap lagi kita akan adakan sesi kaunseling dengan dua orang pekerja tu. Saya nak awak yang handle,” tutur Saiful masih dengan nada serius dan tegasnya. Tiada senyuman sebagai manisan mulut. Urat tegang masih belum kendur. Nampak garang tapi dalam hati?
Perlahan-lahan Aniyah menggangguk sebelum bangkit dari duduknya. “Saya minta diri dahulu,” ucap Aniyah sebelum berlalu meninggalkan bilik itu.
Sudahnya Saiful tersandar lemah di kerusi yang didudukinya. Dia meraup wajah. Luqman sekadar memerhati tanpa kata. 

No comments:

Post a Comment