Penulisan di sini hanyalah satu garapan imaginasi biasa sahaja, tiada kena-mengena dengan sesiapa..jika ada itu hanya satu kebetulan..Maaf andai ada yang terasa..Maaf juga untuk sebarang kekurangan..saya mengalu-alukan sebarang komen sahabat sekalian...

Thursday, May 3, 2012

Dialog guru dengan pelajar


Pelajar : Cikgu, boleh saya tanya?

Cikgu: Ya silakan



Pelajar: Kenapa saya tak boleh berjaya?

Cikgu: Kenapa cakap begitu? (Terkejut)

Pelajar: Saya belajar sehingga jam dua pagi setiap hari sekolah..Bila hujung minggu, tidur makin lewat..Tapi hasilnya tetap tidak berubah. Saya tetap macam tu. Saya putus asa cikgu. Sampai satu ketika, saya rasa ALLAH tidak adil pada saya.

Cikgu: Astaghfirullah...Mengapa harus berkata begitu?

Pelajar: Saya kecewa cikgu. Saya berusaha tapi hasilnya tiada. Saya tengok kawan-kawan lain tak payah belajar sekuat saya pun boleh berjaya. Sedangkan saya, sehabis tenaga saya lakukan tapi hasilnya menghampakan.

Cikgu: Kamu yakin kawan kamu tidak berusaha?

Pelajar: Saya yakin cikgu. Saya tinggal di asrama. Masakan saya tidak tahu rutin hidup rakan-rakan lain.. Kalau cikgu nak tahu, Si A tu kerjanya tidur sahaja tapi result dia sentiasa gempak.

Cikgu: Jangan sedih dengan takdir tertulis. Mungkin kamu tidak dapat lihat lagi hikmah yang tersimpan di sebalik apa yang berlaku.

Pelajar: Maksud cikgu?

Cikgu: Kamu tahu tak, setiap yang berlaku tidak berlaku dengan sia-sia. Mungkin dari sudut nilai pencapaian markah, kamu rasa kamu paling rendah. Tapi sedarkah kamu, dari segi pengalaman nilainya sangat tinggi. Kamu gagal mengutip markah bagus dalam periksa tetapi kamu berjaya mengutip nilai tertinggi dalam pengalaman. Jalan untuk berjaya, bukan singkat. Tiada shortcut. Kamu harus tempuhinya liku-liku itu sebelum berjaya.

Pelajar: Tapi mengapa si A mudah sangat berjaya, cikgu?

Cikgu: Pernah tak kamu check peribadi si A?

Pelajar: Maksud cikgu?

Cikgu: Bagaimana hubungan dia dengan ALLAH, dengan mak ayah dia, dengan keluarganya, guru-guru dan sahabat-sahabat?

Pelajar: Pentingkah semua tu?

Cikgu: Kejayaan bukan disebabkan usaha semata-mata..banyak faktor mempengaruhinya..Kamu pernah dengar tentang SUCCES

Pelajar: SUCCES? Berjaya? Kenapa cikgu?

Cikgu: Mari cikgu tunjukkan..

Orang selalu melihat berjaya itu bersamaan dengan 100%...

Maksudnya SUCCES atau berjaya nilainya adalah 100%


mari kita cuba permainan ini

Gandingkan...


A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

dengan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Contoh
A=1, Z=26

Mari kita cuba perkataan..LUCK.
Adakah LUCK ada penentu kerjayaan..
Luck = 12 + 21 + 3 + 11 = 47%
Hasilnya
Luck=47% (bukan 100%)


Cuba pula 

money kerana orang kata, kalau ada duit..semua boleh..mari masukkan
Money = 13 + 15 + 14 + 5 + 25 = 72%
Money=72%( bukan 100%)
Ternyata salah anggap itu

Cuba pula perkataan 
knowledge..
tanpa ilmu mustahil boleh berjayakan..lihat hasilnya

Knowledge = 11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5 + 4 + 7 + 5 = 96%
Memang tanpa ilmu, tidak boleh berjaya tapi hasilnya bukan 100%

Kamu kata kamu sudah berusaha..mari lihat perkataan hardwork

Hardwork = 8 + 1 + 18 + 4 + 23 + 15 + 18 + 11 = 98%
Hardword=98%(bukan 100%)
Masih belum cukup untuk berjaya..

Semua perkataan diatas tidak menghasilkan nilai 100% kan..jadi apa sebenarnya resepi untuk berjaya???
Apakata kita cuba perkataan terakhir

Attitude

Attitude = 1 + 20 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 + 5 = 100%.
Attitude=100% 

It is OUR ATTITUDE towards Life and Work that makes...

OUR Life 100% Successful...



To achieve this 100% attitude, you must !!! be disciplined in life

Ingatlah..
Kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh..
Yang boleh memberi momentum hebat
Untuk kejayaan masa hadapan
Kerana kegagalan adalah mentor terbaik dalam mengajar kita erti nikmatnya kejayaan
Raihlah kejayaan dengan jalan yang diredhai  bukan dengan jalan yang penuh dosa dan maksiat
Kerana setiap apa yang kita raih bukan terhenti di situ tetapi akan berpanjangan seperti aliran air yang tidak pernah berhenti mengalir...
Jagalah keberkatan dalam setiap usaha kita

5 comments: