Bab 9
“Niya jangan lupa ya, malam ni.”
Pesanan Mak Cik Bibah kembali
teringang-ingang di telinga Aniyah. Pesanan itu disampaikan ketika dia mahu
berpamitan ke tempat kerja. Aniyah melihat jarum jam di dinding pejabatnya.
Semalam
dia sudah nekad untuk pulang lewat ke rumah keluarganya. Dia nekad untuk tidak terlibat
sama dalam majlis sambutan hari jadi adiknya itu. Dia tahu kehadirannya memang
tidak dialu-alukan.
Namun
mengingatkan pesanan Mak Cik Bibah, dia bungkam sendirian. Kenapa Mak Cik Bibah
mahu dia ada bersama dalam majlis itu walhal Mak Cik Bibah bukan tidak tahu
yang kehadirannya itu tak ubah seperti orang asing walaupun berkongsi genetik
yang sama dengan Dhaniyah.
Aniyah
memusing kerusi yang diduduki. Dia kini duduk mengadap tingkap bilik
pejabatnya. Suasana malam yang diterangi lampu neon dipandang sepi. Hujan yang
dari tadi tidak henti-henti turun membasahi bumi, diperhati dalam kesejukkan penghawa
diingin. Pancaran cahaya yang tiba-tiba terpancar di kaki langit yang kelam,
disudahi dengan dentuman kilat yang kuat. Bagaimana agaknya sambutan hari jadi
itu berlangsung? Pertanyaan itu berlegar di fikiran Aniyah.
Tiba-tiba
Aniyah dirundum pilu. Selama dia
membesar, tidak pernah sekalipun sambutan hari kelahirannya dilakukan. Berbeza
dengan adiknya, boleh dikatakan setiap tahun akan ada sambutan itu. Dia dan
Dhaniyah berkongsi keturunan yang sama tetapi realitinya, hidupnya umpama
dianaktirikan. Rasa terkilan pernah cuba dibuang ke tepi tetapi dia manusia
biasa. Apabila melihat perbezaan antara dia dan adiknya, kadangkala hati
wanitanya tersentuh jua.
“Mak
Cik Bibah, kenapa mummy tak suka Niya? Niya jahat ker?”
Dahulu dia selalu bertanyakan hal itu pada
orang gajinya itu. Dahulu itu ketika dirinya masih di alam kanak-kanak. Jawapan
Mak Cik Bibah sekadar senyuman sahaja. Akhirnya dia membesar sendiri mencari
jawapan untuk perbuatan mummynya itu.
“Kau
tu anak bawa sial tahu! Sebab kau, segala harta datuk kau terlepas pada pak cik
kau!”
Aniyah
menutup mata dan kedua belah telinganya. Dentuman guruh di luar bergema seiring
dengan ingauan ngeri itu.
Kring...kring..kring..
Aniyah
bertakbir sambil mengusap dadanya dek dikejutkan bunyi telefon. Dia menghela nafas.
Kemudian gagang telefon diangkat.
“Niya,
Mak Cik Bibah ni.” Aniyah menggigit bibirnya. Suara Mak Cik Bibah yang berbau
cemas, jelas kedengaran di cuping telinganya. “Kenapa Mak Cik Bibah telefon
handset tak berangkat?”
Aniyah
memejam mata. Maaf Mak Cik Bibah, Niya belum bersedia untuk menerima sebarang
panggilan.
“Niya,
baliklah nak. Cuaca tak berapa baik. Risau Mak Cik Bibah.”
Aniyah
menahan perasaan hibanya mendengar pengucapan Mak Cik Bibah. Mengapa bukan
mummy yang berkata begitu? rintih hati Aniyah.
“Niya
banyak kerja, Mak Cik Bibah,” bohong Aniyah. Sebetulnya, kerja-kerjanya sudah
selesai diuruskan sekitar jam enam petang lagi. Namun dek nekadnya yang tidak
mahu terlibat sama dalam majlis adiknya, dia rela menghabiskan masanya dengan
duduk di pejabatnya.
“Baliklah.
Esok-esokkan boleh buat,” pujuk Mak Cik Bibah lagi.
Aniyah
terdiam.
“Balik
ya Niya. Mak Cik Bibah tunggu Niya balik.”
Hati
Aniyah dipagut sayu. Namun dia tidak punya kekuatan untuk berhadapan dengan
sesuatu yang sedang menunggunya di rumah agam mewah keluarganya. “Niya sibuk, Mak
Cik Bibah.”
“Nurulain
Fatinah Aniyah, lebih baik awak balik sekarang sebelum saya ke pejabat usung
awak balik ke rumah!!!!”
Aniyah
tercengang. Gagang telefon dipandang. Cepat-cepat gagang itu diletakkan semula
ke tempat asalnya. Dia benar-benar tidak menduga ada orang lain di sebelah Mak
Cik Bibah!!
Salam perkenalan.. wah! penulis rupenye awak ni.. btw, sy suke baca novel, teringin nak tau novel awak kisah pasal ape.. :) oh! thanks for visit my blog.. i follow u..
ReplyDeletetidaklah penulis..sekadar mengisi ruang masa yg ada.. insyaALLAH nanti sya cuba upload sinopsis cerita ini..:)
ReplyDelete