Bab 23
“Selagi doktor tak bagi balik, jangan nak menggatal tinggalkan bilik
ini. Kalau berani buat, memang kena berani tanggung akibatnya!”
Arh.. Benci betul dengan lelaki itu!
Bentak Aniyah sendirian. Dia kini tinggal
sendirian di bilik eksklusif hospital. Sudah masuk empat hari dia berada di wad
yang tak ubah seperti penjara ini. Dia merasa dahi dan lehernya!
Dah
tak demam pun! Kenapa doktor tak bagi aku balik lagi ni! Keluh Aniyah.
Amaran daripada Saiful membuatkan Aniyah
terpaksa bergantung harap pada belas ihsan daripada doktor. Bukan dia takut
untuk melanggar arahan Saiful tetapi ..ah..dia pun tak tahu kenapa dia tak
berani melawan arahan lelaki itu. Walhal lelaki itu bukan sesiapa pun! Benci
betullah! Daddy pun tak bising!
Daddy? Hmm.. lelaki itu tidak datang pun
melawatnya. Namun dia tidak berkecil hati kerana lelaki itu ada menelefonnya
bertanyakan khabar. Daddynya sudah seminggu berada di New Zealand, menguruskan
hal syarikat di sana. Mummy? Entahlah, dia pun tidak mengharapkan kehadiran
wanita itu. Dia sedar siapa dirinya. Dani? Adiknya yang tidak sebulu dengannya
itu tidak perlulah diharapkan kehadirannya kalau itu dapat memberi ketenangan
buat mereka. Dia cukup bahagia dengan kehadiran insan-insan yang ikhlas
melawatnya dan memberi kata-kata sokongan padanya.
Saiful? Ah lelaki itu tahu menyibuk dan
mengerah dia dengan arahan diktator. Jelak dia dengan perangai kuasa autonomi
yang dipamerkan lelaki itu.
Ingat ini syarikat bapak dia ker? Ini
hospital!! Suka hati dialah nak buat apa pun! Ini tidak, segala-galanya
tertakluk di bawah arahan lelaki itu. Kalah arahan doktor!
“Siapa suruh makan jambu air?”
Kisah semalam meragut seleranya. Dia yang
enak menjamah jambu air yang dibawa Mak Cik Bibah, terhalang dengan kedatangan
lelaki itu secara tiba-tiba. Bersusah-payah dia memujuk Mak Cik Bibah membawa
jambu air, alih-alih lelaki itu menghalang. Kalau dia tahu lelaki itu mahu
datang, dia pasti akan menyembunyikan buah itu ataupun mengunci terus pintu
bilik. Biar lelaki itu tidak boleh masuk.
“Makan pun salah!”
“Macam mana nak sihat batuk tu!” Dengan
kasar, jambu air di tangan Aniyah dirampas. Begitu juga jambu-jambu air dalam
beg plastik. “Jangan mimpi nak makan jambu air selagi sakit tak kebah.”
Melolot mata Aniyah memandang Saiful. Rasa macam mahu dibaham lelaki itu. Tak ada
adab betul lelaki ini. Lagipun sejak bila pula makan buah ada kena-mengena
dengan batuk? Selama ini dia belasah aje makan. Batuk ker tak batuk, dia peduli
apa. Lagipun tak ada apa-apa yang berbahaya pun berlaku. Ee..kuno betul lelaki
ini.
“Dengar tak?”
Sejak itu Aniyah terpaksa menahan keinginan
untuk makan buah jambu air. Rayuannya pada Mak Cik Bibah tidak lagi membawa
apa-apa makna. Mak Cik Bibah nampak sudah diikat daripada menurut kehendaknya.
Ini semua kerja Saiful!
“Epul tak bagi Mak Cik Bibah bawa buah jambu
air dah. Dia kata selagi Niya tak sembuh, selagi itu Niya kena ‘puasa’ daripada
makan jambu air.”
Memang melampau betul lelaki itu. Nasib baik
dia bukan tengah mengandung. Kalau tidak..ah sesak memikirkan kerenah lelaki
itu yang terlampau mengongkong kehidupan peribadinya. Macam sudah tak ada kerja
lain!
Inilah akibatnya jadi anak pemilik syarikat.
Terlalu banyak masa sampai masa peribadi orang pun nak menyibuk!
Aniyah mengeluh. Penat betul dengan kehidupan
yang dilaluinya. Alat kawalan televisyen ditekan. Malam yang sunyi cuba diisi
dengan menonton rancangan televisyen. Sudah lama rasanya dia tidak mengadap
rancangan televisyen. Entah rancangan
apa yang menarik waktu sebegini. Dari satu siaran ke satu siaran dia beralih.
Hampir mahu meloncat keluar jantungnya apabila tiba-tiba skrin televisyen
menayangkan hantu Pontianak. Nasib baik dia cepat menekan punat televisyen, menukar
siaran. Dia memang lemah semangat kalau bab-bab hantu ni.
“Terima kasih kerana masih bersama kami,
membicara soal syukur. Sudahkah anda memanjatkan rasa syukur pada ALLAH kerana
masih diberi kesempatan bersama-sama di majlis ilmu ini?”
Pandangan mata Aniyah terpaku pada skrin
televisyen.
***
“Banyak orang terlalu sombong dengan ALLAH.
Mereka ini selalu menidakkan kehadiran ALLAH dalam setiap pekerjaan mereka.
Contohnya, mereka kata saya berjaya kerana usaha saya bukan kerana ALLAH. Saya
berjaga malam. Tidur tak tentu masa. Berkerah keringat tanpa kenal erti penat
dan lelah. Maka kejayaan itu pada dasarnya kerana saya sendiri bukan anugerah
ALLAH. Begitu sekali sombongnya golongan ini sehingga mereka terlupa pada
nikmat kesihatan yang ALLAH anugerah.Tanpa nikmat itu, tak mungkin mereka mampu
berusaha. Tanpa udara yang diberi percuma tanpa sebarang bayaran, mereka
terlupa itu adalah anugerah ALLAH. Golongan-golongan inilah golongan yang kufur
pada nikmat ALLAH. Tidak tahu erti syukur pada ALLAH.”
Lama Aniyah hanyut memikirkan kata-kata yang
didengari di skrin televisyen tempoh hari yang lalu. Dia kini sudah berada di
rumah. Namun ingatannya pada kisah dua hari lepas, tidak seinci pun hilang.
“Bersyukurlah pada ALLAH. Ucaplah
alhamdulliah dalam setiap yang kita ada kerana tanpa izinNYA, tak mungkin rezeki
itu datang pada kita. Bukan susah pun mahu melafazkan kalimah tersebut.
Alhamdulliah. Segala puji hanya untuk ALLAH.”
Aniyah terus hanyut. Ceramah yang
didengarinya tanpa sengaja itu terus ligat bermain di fikirannya.
“Susah sangatkah mahu mengikut segala suruhan
ALLAH dan meninggalkan laranganNYA? Suruh bertudung pun tidak mahu. Kalau
bertudung pun sekadar mengikut fesyen. Lilit sana, lilit sini sampai terlupa
tujuan sebenar bertudung. Apa sebenarnya niat di sebalik nawaitu kita
bertudung? Mengikut suruhan ALLAH atau sekadar berfesyen? Tanya diri sendiri?
Kepada yang belum bertudung, mengapa sukar untuk memakainya walhal itu yang
terbaik dalam melindungi diri anda sekalian.”
Aniyah memejam matanya. Kata-kata itu meresap
jauh masuk ke dalam hatinya.
“Rambut itu mahkota wanita. Hadiah istimewa
buat si suami yang sah dinikahi bukan untuk tontonan lelaki ajnabi lain. Hadiah
apalagi yang ingin diberi kepada suami kalau benda itu sudah diberi pada yang
lain. Seronok ker berkongsi hadiah? Ingatlah, setiap yang ALLAH jadikan
perintah itu adalah untuk kebaikan kepada hambaNYA. Masih belum terlambat untuk
muhasabah diri.”
Muhasabah diri?? Dua patah perkataan itu
menyentak perasaan Aniyah. Entah mengapa kolam matanya berkocak bersama pilu di
dada. Seumur hidupnya dia tidak pernah memakai tudung kecuali masa-masa
tertentu sahaja. Itupun seakan terdesak sebagai tanda menghormati. Ya ALLAH,
teruknya hambaMu ini.
Air hangat mula merembes saat rasa berdosa
terus mencengkam perasaan Aniyah.
Masih belum terlambat untuk muhasabah diri.
Ya ALLAH, masih adakah ruang masa itu untuk
aku berubah? Aniyah terus larut dalam emosinya.
“Beristighfar
dan bertaubatlah. Semoga ALLAH masih membuka peluang taubat buat kita, hambaNYA
yang kerdil. Marilah sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik kerana
hidup kita bukanlah selama-lamanya di sini. Yang belum bertudung, bertudunglah
mengikut landasan agama. Begitu yang bertudung mengikut fesyen. Muhasabah diri.
Kepada yang belum solat, mulakan perubahan yang baru. Begitu juga yang solatnya on off on off . Ingatlah, di
dunia sekadar ladang untuk kita bercucuk tanam sama ada pahala atau dosa. Di akhir kelak, hasil tuaian itu akan menjadi
saksi di mana kita. Sama ada di syurga atau neraka.”
memang tulis novel ek? kalau betol keep it up oke.. :)
ReplyDeletesaya follow sini. salam kenal. :)
tq..masih blajar lagi..salam kenal :)
ReplyDelete