Bab 10
Kini Aniyah sudah berdiri di luar legar
bangunan Neraca Holdings menunggu teksi. Malang tidak berbau, tayar keretanya
pancit! Lantas mahu tidak mahu, dia terpaksa meninggalkan keretanya di tempat
letak kereta dan dia perlu pulang ke rumah dengan menaiki teksi.
Hujan
terus mencurah membasahi bumi. Bayangan teksi di atas jalan raya langsung tidak
kelihatan. Aniyah terus menunggu di ruang legar bangunan Neraca Holdings. Dia
memang tidak berani berdiri di hentian teksi kerana keadaan kilat yang sesekali
memancar kuat, memang menakutkannya. Nasib baik jarak antara tempatnya berdiri
dengan perhentian teksi, tidaklah sejauh manapun.
Brepp...brepp..
Bunyi pesanan ringkas di telefon bimbit mengganggu tumpuan Aniyah yang sedang
mencari kelibat teksi di atas jalan.
Pantas
Aniyahh meraba telefon bimbit di dalam beg tangannya. Telefon bimbit yang
berjaya dicapai, ditarik keluar. Skrin telefon ditatap. Tertera satu pesanan di
skrin telefon bimbit.
Where are you? Jangan nak main-main
dengan I. I akn bt apa yg I masukkan. You nk I ke pjbat ker?
Aniyah
mencebik. Sibuk aje lelaki ini. Tahulah dia tu bos tetapi itu tidak bermakna
semua benda harus mengikut cakapnya. Ini soal peribadi bukan soal kerja! Gumam
Aniyah geram. Geram betul dia dengan perangai kuasa veto Saiful.
Tanpa membalas, pantas telefon bimbit
dimasukkan semula ke dalam beg tangannya. Matanya terus meliar ke arah jalan
raya. Tiba-tiba dia perasan kelibat sebuah teksi. Dengan serta-merta dia nekad
meredah hujan yang lebat mencurah bumi.
Nasibnya
baik apabila pemandu teksi itu berhenti di hadapannya. “Taman Sentosa, boleh?”
tanya Aniyah kepada pemandu teksi sebaik dia membuka sedikit pintu teksi di
bahagian penumpang.
“Boleh..boleh..
Masuk..masuk..”
Dengan
serta-merta Aniyah melangkah masuk ke dalam perut teksi. Dia menarik nafas
lega. Terselamat dia daripda terus dibasahi air hujan. “Maaflah pak cik, habis
basah kusyen pak cik,” sela Aniyah sambil menyapu air hujan yang memercik di
mukanya.
“Eh
tak apa-apa. Pak cik faham,” balas pemandu teksi itu sambil memandang Aniyah
melalui cermin hadapan. “Lewat balik?” soal pemandu itu ramah. Teksi yang
dipandunya terus meredah hujan yang terus lebat menimpa bumi.
“Ada
kerja sikit,” balas Aniyah pendek kerana tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit
di dalam beg tangannya.
Sibuk
ajelah lelaki ni!
Dia malas mahu melayan pemanggil itu. Namun
deringan yang terus galak berbunyi memaksanya menjawab juga panggilan tersebut.
“Where are tuan puteri?” sinis dan pedas
sekali sapaan suara garau itu.
“Ada
kat kayangan ni!” bentak Aniyah geram.
“Jangan
nak main-main dengan I!”
Aniyah
mencebik. “Nak balik rumahlah. Takkan nak berkhemah dalam pejabat kot!”
“Okey,
saya tunggu awak.”
“Tak
payah!” marah Aniyah langsung mematikan talian telefon. Dia tersandar di kusyen
sambil berpeluk tubuh.
salam . emm tumpang tanya , kalu ejaan 'Pak cik'tu 'P' 'C' tu kecik ke besar ?
ReplyDeleteerr .. saya konfius , hehe
bestt
oh ya.. selalu tulis Pak Cik.. thanks ya..saya menulis pakai langgar je..ahaha
ReplyDelete