Penulisan di sini hanyalah satu garapan imaginasi biasa sahaja, tiada kena-mengena dengan sesiapa..jika ada itu hanya satu kebetulan..Maaf andai ada yang terasa..Maaf juga untuk sebarang kekurangan..saya mengalu-alukan sebarang komen sahabat sekalian...

Tuesday, November 20, 2012

Sinopsis- Novel: Jangan Bersedih Lagi



Nurulain Fatinah Aniyah atau Niya dibesarkan tanpa kasih sayang yang sepenuhnya daripada seorang wanita bergelar mama. Walaupun pada awalnya dia keliru mengapa dirinya tidak diangkat sama taraf dengan adiknya Nurulain Fatin Dhaniya atau Dani. Walhal mereka berkongsi rahim yang sama. Namun satu kejadian telah mengajarnya erti hukuman yang terpaksa diterima itu.
Dia harus akur pada kebencian mamanya sendiri. Mahu menumpang kasih pada papanya, lelaki itu terlalu sibuk mencari harta dunia, membina nama, meluaskan pengaruh dan kuasanya.
Lantas, pada orang gajinya dijadikan sandaran buatnya berpaut kasih. Pada pemandunya dijadikan tempat dia merasa kasih seorang ayah. Dunianya yang sepi cuba dicorakkan dengan kehadiran pasangan suami isteri itu. Walaupun hidup pasangan itu sederhana tetapi Niya terasa kebahagian yang melimpah ruah terisi dalam bibit-bibit perhubungan yang terjalin.
Banyak masanya dihabiskan dengan pasangan yang sudah dia kenali sejak dia kecil. Sehingga adiknya, Dani menggelarkan dia anak orang gaji dan pemandu. Walaupun kadang-kala terluka tetapi jauh di sudut hati, dia terfikir bahawa lebih elok dia jadi anak kepada pasangan itu daripada menjadi anak kepada mama dan papanya yang tidak pernah mengendahkannya.
Keabraban hubungan yang terjalin dengan kedua-dua pasangan itu membawa Niya membesar menjadi gadis yang hidupnya sederhana berbeza dengan adiknya. Jika kedua-dua pasangan itu mahu pulang ke kampung, dia juga akan sibuk mengemas beg. Dia akan turut serta pasangan itu. Mama dan papanya tidak melarang sebaliknya dia tahu mamanya suka tindakannya itu. Ketiadaannya pastinya dipenuhi dengan melancong ke serata dunia. Dia sudah lali dengan keadaan ini.
Siapa sangka. Kehadirannya di kampung halaman pekerja papanya membawa satu detik pertemuan dengan seorang jejaka bernama Epul. Jejaka yang baru pulang ke Malaysia itu, terpaku saat terpandang seraut wajah Niya di majlis kesyukuran keluarganya. Hati lelakinya bagai dijentik satu rasa.
Sejak itu, lelaki itu cuba mendekati hati Niya yang keras umpama kelikir. Tidak disangka, gadis bertutup litup yang nampak lembut, rupanya sangat keras di dalamnya. Namun dia tidak bisa mengalah kerana tidak mungkin kepakaran sebagai playboy harus disia-siakan. Bermula dengan tekad yang satu itu, Epul berusaha pelbagai cara dan kaedah.
Ternyata usahanya yang tidak mengalah membuahkan hasil. Salamnya akhirnya disambut gadis itu. Semua dengan bantuan adik perempuannya yang disering dijadikan orang tengah.
Ternyata perhubungan yang terjalin bagai memberi satu sinar dalam kehidupan pemuda itu. Di situ dia belajar erti kesetiaan dan cemburu. Erti menghargai dan menghormati.
Namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Perasaan yang baru berputik di hati Niya terkambus dengan sendirinya apabila mengetahui rupanya Epul ialah kekasih hati adiknya. Semuanya tersingkap bila satu kejadian menemukan mereka. Hati Niya remuk. Lebih teruk daripada apa yang pernah mamanya lakukan. Saat itu dia seakan mahu pergi menghilangkan diri. Dia benci melihat lelaki itu.
Namun dia terikat pada satu amanat. Kerana amanat, dia terpaksa berhadapan dengan sesuatu yang menikam halus hatinnya. Namun dia pasrah. Baginya mungkin takdir hidupnya selalu diuji.

3 comments:

  1. BESHHLA .. DEDEQ DA POLLOW .. PASNI LEH LA BACE SLALU (:

    ReplyDelete
  2. wahh rajinnya buat novel2 gini . banyak idea erk . Btw , best ! Ieqa follow sini ;)

    ReplyDelete
  3. Saya dengan rendah hati, merayu kepada awak, awak dan awak semua supaya sama-sama bersatu bagi membantu saudara-saudara kita di Gaza. Minta maaf jika saya mencuri sedikit masa awak, saya cuma minta awak luangkan masa 1 minit je untuk sama-sama kita berdoa :)

    http://noraqilahjohari.blogspot.com/2012/11/keep-pray-for-gaza.html

    ReplyDelete