Penulisan di sini hanyalah satu garapan imaginasi biasa sahaja, tiada kena-mengena dengan sesiapa..jika ada itu hanya satu kebetulan..Maaf andai ada yang terasa..Maaf juga untuk sebarang kekurangan..saya mengalu-alukan sebarang komen sahabat sekalian...

Tuesday, November 20, 2012

Novel: Jangan Bersedih Lagi (Bab 11)



Bab 11

Suasana perkarangan rumah Dato Jamaluddin penuh sesak dengan kereta-kereta mewah di bahu kiri dan kanan jalan. Maka terpaksalah pemandu teksi memberhentikan teksinya agak jauh dari rumah penumpangnya.
            “Duit kecil tak ada ker anak?” soal pemandu itu apabila Aniyah menyuakan RM 100 kepadanya.
            “Tak apalah pak cik. Ambillah.”
            “Eh banyak sangat neh!” Ada nada segan di hujung kata itu.
            “Ambillah. Anggap sahaja rezeki pak cik malam ni,” balas Aniyah sebelum membuka pintu teksi. Sebetulnya, Aniyah berasa bersalah kerana keadaan dirinya yang basah kuyup telah menyebakan kusyen yang diduduki habis basah. Lantas dia berniat untuk membayar lebih kepada pemandu teksi itu.
            “Alhamdulliah, semoga ALLAH memberkati hidup cik.”
            Aniyah tersenyum sebelum menutup kembali daun pintu teksi itu. Dia pantas berlari meredah hujan.
            Nasib baik ketika dia melangkah masuk ke perkarangan rumah keluarganya, tiada sesiapa memerhati keadaannya yang basah kuyup. Ruang hadapan rumah hening sekadar disinari limpahan cahaya lampu mewah dengan kereta-kereta mewah tersadai di ruang garaj.
Patutlah di bahu kiri dan kanan luar kawasan rumah padat dengan kereta. Rupanya di dalam kawasan rumah sudah tersusun kereta mewah. Pasti ramai tetamu yang hadir. Bunyi bising dari dalam rumah mengukuhkan lagi tekaan Aniyah.
Aniyah tidak menunggu lama. Dia terus menyambung langkah kakinya. Dia bergerak melintasi taman bunga mini mummynya yang terletak di kiri banglo rumah keluarganya.
“Ya ALLAH Niya!” pekik Mak Cik Bibah kecil sebaik terpacul tubuh Aniyah yang basah kuyup di muka pintu dapur yang ternganga luas. Aniyah tersengih tayang gigi.
“Tunggu sini. Nanti Mak Cik Bibah ambilkan tuala dan pakaian Niya.”
“Sayang Mak Cik Bibah!” ucap Aniyah mengiringi langkah Mak Cik Bibah yang sudah bergerak meninggalkan dapur.
Aniyah menundukkan kepalanya. Rambutnya yang basah diurai dengan jari-jemarinya yang sudah pucat menahan kesejukan. Titisan air yang sebentar tadi melekat di rambut, jatuh ke lantai. Berulang kali perbuatan itu diulang sambil diselang-seli dengan bunyi batukan kecil. Sesekali dia bersin dek kesejukan yang menyelimuti tubuhnya. Hidungnya sudah memberi isyarat sesuatu yang buruk akan berlaku jika dia tidak bertindak pantas kerana salur penafasannya seakan sedikit terganggu.  Dia memang lemah kalau dirinya terkena hujan. Dia akan mudah diserang penyakit demam jika langkah pencegahan tidak diambil. Petanda-petanda kecil sudah ada. Batuk dan selesema.
Dia mengangkat kepalanya, ingin membetulkan kedudukan rambutnya. Tanpa dipinta, saat itu matanya berpadu dengan sepasang mata Saiful! Lelaki itu memandangnya tajam sambil berpeluk tubuh dengan sebelah kaki bersilang. Tubuh lelaki itu bersandar di belakang dinding dapur. Jarak mereka walaupun sedikit jauh tetapi ketajaman anak mata Saiful tetap jelas kelihatan di penglihatan Aniyah. Argh..sibuk aje mamat ni!
“Niya Ni..eh Epul Eddy..” Mak Cik Bibah tidak menduga kehadiran Saiful terkejut seketika. Namun dia lekas menghampiri Aniyah. Tubuh Aniyah yang basah kuyup segera dibalut dengan tuala. “Lekas mandi. Nanti jatuh sakit pula,” arah Mak Cik Bibah sambil menyua pakaian kepada Aniyah. Aniyah menyambutnya dan segera berlalu masuk ke dalam bilik air yang terletak di ruang dapur.
“Kenapa masuk sini? Nanti Dani tahu, bising pula dia.” Terdengar suara Mak Cik Bibah di cuping telinga Aniyah. Aniyah tidak jadi memulas pili air pancut.
“Tak ada apalah Mak Cik Bibah. Ingat nak minta air suam tadi.” Suara garau Saiful melingas di gegendang telinga Aniyah.

“Sekejap Mak Cik Bibah ambilkan. Lain kali tak payahlah datang sini. Panggil sahaja Mak Cik Bibah. Tahu di Dani, jadi kecoh pula.”
Aniyah terus memulas pili air. Air yang menderu laju, membuatkan dia seakan berada di dunia sendiri. Suara-suara di luar sudah tidak kedengaran lagi

2 comments: