Bab 12
Sebaik selesai membersihkan diri, Aniyah
tidak menunggu lama. Dia segera keluar dari bilik air dan terus menaiki anak
tangga menuju ke biliknya di tingkat atas. Dia ingin menunaikan solat. Kemudian
dia sudah berkira mahu terus masuk tidur. Dia benar-benar kepenatan. Dia tidak
mahu ambil peduli apa yang sedang berlaku di rumah ini. Dia tahu dia tidak ada
kena-mengena dalam hal yang senang berlaku. Kehadirannya tidak diperlukan!
Lebih baik dia menyendiri dalam biliknya.
Ketika dia sedang menyarung telekung ke
tubuhnya, ketukan pintu kedengaran. Dia segera memanggil orang di luar biliknya
supaya masuk.
Terpancul tubuh Mak Cik Bibah dengan dulang
berisi air masak dan sepapan ubat. Di sisi gelas berisi air, tersedia sepinggan
nasi berlauk ikan masak sambal dan sayur kangkung.
“La kenapa susah-susah Mak Cik Bibah. Kalau Niya
nak, Niya boleh turun ambil,” keluh Aniyah sebaik melihat apa yang dibawa Mak
Cik Bibah kepadanya.
“Tak ada yang susahnya. Nanti lepas dah
solat, makan nasi dan kemudian telan ubat. Kamu tu bukan boleh kena hujan.
Cepat jatuh sakit,” bebel Mak Cik Bibah penuh keprihatinan.
“Kalau mummy tengok, mesti mummy marah,”
keluh Aniyah lagi.
“Dia tak nampak pun. Dia sibuk layan tetamu,”
balas Mak Cik Bibah sambil meletakkan dulang di tangannya di atas meja. “Ni beg
tangan kamu. Tadi telefon kamu berbunyi.” Mak Cik Bibah menyua beg tangan
berwarna hitam kepada Aniyah.
“Siapa telefon?” tanya Aniyah. Namun belum sempat
Mak Cik Bibah membuka mulut, telefon bimbit Aniyah berdering.
“Mak Cik Bibah minta diri dahulu. Jangan lupa
makan,” pesan Mak Cik Bibah di hujung kata sebelum dia meninggalkan Aniyah.
Aniyah pantas mengeluarkan telefon bimbitnya
dari beg tangannya. Dia memandang skrin telefon bimbitnya yang bernyala. Umairah!
Ada apa, malam-malam buta ni? Jarang benar pembantunya itu menelefonnya waktu
sebegini kecuali ada hal yang benar-benar mustahak. Pantas Aniyah menjawab
panggilan yang masuk.
“Maaf Cik Niya kerana menganggu Cik Niya
malam-malam ni. Tapi saya memang terdesak. Tadi baru dapat calling daripada Dato. Katanya dia nak tengok report tentang pergaduhan di tapak bangunan.”
Perkhabaran itu membuatkan Aniyah terkejut
mendengarnya. “Takkan dah nak tengok esok?” Mata Aniyah bulat memandang jarum
jam yang semakin hampir ke angka sepuluh malam.
“Yap. Esok Dato nak Cik Ani present report tu!”
Kenyataan itu membuatkan Aniyah terpampam.
Bukan dia tidak membuat laporan tentang kes itu. Sudah menjadi prosedur
syarikat untuk merekod semua kes yang berlaku walaupun kadang-kala kesnya agak
remeh. Namun untuk laporan pembentangan, Aniyah memang betul-betul belum
bersedia. Tambah pula untuk dibentangkan di hadapan bos besar syarikat. Laporan
tentulah perlu terperinci berserta dengan slide
presentation!
Aniyah terbantuk kecil. “Tak apalah. Saya
cuba buat. Terima kasih bagitahu saya.”
“Sorry, Cik Niya. Kalau saya dapat tolong Cik
Niya, dah lama saya tolong. Tapi masalahnya saya tak ada kat tempat kejadian.
Jadi gayat juga nak bentang depan dia.”
Batukkan Aniyah kedengaran lagi. “Tak apa.
Dah menjadi tanggungjawab saya.”
“Are
you okey Cik Niya?” Kedengaran suara kerisauan di hujung talian.
“Okey. Batuk sikit aje,” jawab Aniyah.
“Sure?”
soal Umairah meragui kata-kata Aniyah.
“Sure.
Saya okey. Jangan risau,” ucap Aniyah.
“Hmm.. Lagi satu, Dato cakap tadi dia call Cik Niya tapi tak berangkat. Jadi
dia call saya untuk bagitahu hal
tersebut.”
Tiba-tiba Aniyah teringat kata-kata Mak Cik Bibah
sebentar tadi. “Oh, telefon saya tertinggal kat dapur tadi. Saya dalam bilik.”
“Oh
patutlah. Okeylah Cik Niya, saya minta diri dahulu. Ada hal sedikit.
Assalammualaikum.”
Aniyah
menjawab salam sebelum talian diputuskan. Dia mengeluh sambil menggenggam lemah
telefon bimbitnya. Nampaknya dia terpaksa melupakan rancangan asalnya tadi.
***
Selesai
menunaikan solat, Aniyah memanjatkan doa. Doanya panjang. Di tikar sejadah, dia
merintih memohon ihsan Penciptanya.
“Jangan
lupa berdoa semoga dilembutkan hati mummy.”
Pesanan
Mak Cik Bibah tidak pernah sesekali dilupakan. Doa itu sentiasa dititipkan
dalam setiap doanya. Dia yakin satu hari nanti, ALLAH akan memakbulkan doanya
ini. Dia tidak akan mengalah untuk terus berdoa walaupun sudah sekian lama dia
berdoa untuk perkara yang sama.
Sebaik
habis berdoa. Aniyah segera menanggalkan telekungnya. Kain telekung dilipat
lalu disangkut di ampaian. Sejadah merah yang terbentang, diangkat lalu disidai
di ampaian yang sama. Dia kembali ke meja solek, merapikan penampilannya.
Seketika dia melangkah ke bilik air yang bersambung dengan bilik tidur untuk
mencuci tangannya yang berminyak dek sisa-sisa minyak rambut yang masih melekat.
Dia
mengatur langkah menuju ke meja, tempat dia selalu menyiapkan kerja. Lampu meja
dipasang. Beg yang berisi laptop di kaki meja, diangkat. Laptop dikeluarkan
sebelum dihidupkan. Nasib baik hari ini dia tergerak hati untuk tidak membawa
laptopnya. Jika tidak, pasti laptopnya sudah ditinggalkan sahaja di pejabat
gara-gara masalah kereta dan cuaca.
Sementara menunggu laptopnya sedia untuk
digunakan, Aniyah melabuhkan punggungnya di atas kerusi lalu mengadap hidangan
yang dibawa Mak Cik Bibah kepadanya sebentar tadi. Nampaknya dia tidak ada
pilihan melainkan membuat kerja sambil makan. Dia benar-benar sudah kesuntukan
masa. Masa bagai mencemburuinya.
Sebaik
laptopnya sudah bersedia untuk digunakan, Aniyah melepaskan sudu ditangannya.
Suapannya terhenti. Tetikus disambung ke laptopnya sebelum tetikus itu
digerakkan di bahagian folder document.
Folder itu ditekan. Serta-merta
keluar senarai bahan-bahan yang kebanyakannya adalah dokumen pejabat. Matanya
terus mencari folder masalah pekerja
kerana di situlah tempatnya selalu menyimpan rekod untuk setiap masalah yang
membabitkan pekerja.
Apabila
sudah menjumpai apa yang dia inginkan, Aniyah langsung mencari maklumat dalam Microsoft Word dibawah tajuk kes tapak
pembinaan. Dokumen itu ditekan lalu terbentang di hadapannya laporan yang
ditulis kelmarin.
Tetikus
dilarikan seketika ke arah senarai Microsoft.
Dia menekan Microsoft Power Point
dalam senarai Microsoft yang ada.
Sekarang tumpuannya adalah untuk membuat slide
pembentangan.
Sesudu
nasi yang bergaul lauk ikan dan sayur disua ke mulutnya terlebih dahulu sebelum tumpuan kembali
semula pada skrin laptopnya. Laporan yang ditulisnya, dibaca kembali. Dia tidak
mahu pembentangannya nanti bercanggah dengan laporan yang telah ditulisnya
dalam Microsoft Word yang pastinya
akan dijadikan rujukan ketika sesi pembentangan dilakukan.
Sesekali batuk dan selesema datang mengganggu
tumpuannya. Nampaknya penyakit itu mula sebati dengan dirinya. Namun Aniyah
tidak mahu mengendahkannya. Dia tetap meneruskan kerjanya.
Tok!!
Tok!! Ketukan yang kuat di muka pintu yang tertutup rapat, telah mengganggu
tumpuan Aniyah.
“Ewah,
ewah..bersenang-lenang nampak. Macam kat rumah ni tak ada apa-apa yang
berlaku!” Sindiran itu membuatkan Aniyah termangu memandang mummynya yang
sedang bercekak pinggang di hadapan pintu biliknya. Suara Datin Samsiah
perlahan tetapi garangnya tetap berbisa.
“Mummy
nak Niya salin baju dan turun ke bawah sekarang. Jangan nak jadi kera sumbang
dalam rumah ni! Buat malu keluarga kita aje!” tempik Datin Samsiah masih dalam
nada perlahan bagi mengelak didengari tetamu yang datang. Air muka perlu dijaga
walaupun hatinya menggelegak panas dengan tingkah anak sulungnya. Kalau
ikutkan, dia memang tidak heran dengan ketidakhadiran anaknya ini tetapi soalan
demi soalan daripada sahabatnya tentang Aniyah membuatkan dia jadi tidak senang
duduk. Lantas perkabaran tentang kepulangan anaknya ini membawanya ke sini.
“Niya..
“Dah.
Mummy tak nak dengar apa-apa alasan. Apa yang mummy tahu, mummy nak tengok Niya
ada kat bawah. Mama bagi tempoh masa lima belas minit sahaja. Kalau tak ada,
memang siap mummy kerjakan!” bentak Datin Samsiah tanpa toleransi dek malu
teringatkan kata-kata teman-temannya yang bertanyakan tentang ketiadaan anaknya
yang seorang ini. Tanpa mempedulikan reaksi anak sulungnya, daun pintu pantas
ditutup.
Aniyah
mengeluh. Skrin laptop dipandang lemah. Nasi di pinggan dipandang sepi.
Semangat dan seleranya sudah mati. Nampaknya dia sudah tiada pilihan lagi.
Arahan mummynya harus dipatuhi. Dengan lemah dia bangkit lalu menuju ke almari.
Pakaian harus ditukarganti.
No comments:
Post a Comment