Bab 27
Perubahan penampilan Aniyah ternyata mendapat
perhatian daripada staf-staf Neraca Holdings. Semua pekerja Neraca Holdings
yang terserempak dengan Aniyah pasti terpaku melihat perubahan orang kuat dalam
menguruskan hal kebajikan pekerja. Ada memuji dan tidak kurang juga yang
mengata. Namun semua itu tidak diambil pusing Aniyah. Dia tetap berpegang pada
niatnya. Penghijrahannya bukan tujuan untuk dipuji mahupun dikeji tetapi
sebaliknya atas niat kembali pada fitrah seorang wanita yang diwajibkan menutup
tubuhnya. Dia masih teringat kata-kata yang pernah dibacanya menerusi satu
artikel dalam sebuah blog.
“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang
berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana
kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan
dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung
dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok
di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh
kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas,mutiara mahupun permata.
Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
Kata-kata itu cukup mendalam maknanya. Tersimpan maksud
yang cukup tersirat. Bahawa barangan seumpama emas, pertama dan mutiara yang
punya nilai yang tinggi di mata manusia terlindung sebegitu rapi. Cukup
simbolik baginya ciptaan ALLAH itu. Dia dapat rasakan mesej tersirat di sebalik
kejadian itu. Bertapa ALLAH ini menunjukkan sesuatu yang bernilai sangat dijaga
dengan rapi.
Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga
daripada emas,mutiara mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan
melindungi diri kamu.”
Dua baris
ayat terakhir itu bagai satu suntikan ke dalam rohani Aniyah untuk melakukan
perubahan. Dia yakin sesuatu yang disuruh ALLAH adalah yang terbaik untuk
hambaNYA.
Sepintas
kenangan ketika majlis sambutan hari jadi adiknya kembali tergambar. Dia teringat
episod dirinya yang hampir diperkosa. Maruahnya
hampir tercalar dek nafsu memuncak lelaki kenalan adiknya itu. Dia cuba
merenung kisah itu semula walaupun terlalu pahit untuk dikenang.
Ya di situ
ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin
kalau dia berpakaian seperti sekarang, nafsu lelaki itu tidak seperti hari itu.
Walaupun ketika itu pakaiannya tidak ‘sehebat’ adiknya mahupun tetamu yang
hadir tetapi pakaiannya tetap dikategorikan sebagai melanggar syarak kerana
menayang aset rambutnya yang mungkin menjadi ‘senjata’ dalam diam yang
menggocak perasaan seseorang lelaki.
Astagfirullah.
Ya ALLAH ampunilah aku. Aniyah beristigfar
berulang kali. Rasa sesalan menggunung di hatinya. Bertapa dia alpa pada nilai maruahnya tika
itu. Senang-senang sahaja dia ‘mengaut’ dosa. Bukan setakat hari itu sahaja.
Malahan sepanjang hidupnya! Entah sudah berapa lelaki yang sudah dia ‘goda’
secara tidak sengaja. Nauzubillah min zalik.
Ya ALLAH
ampuni dosa hambaMu yang terlalu kerdil ini.
Aniyah
termenung melepasi jendela. Ruang rehat yang biasanya terisi dengan aktiviti
mengisi perut dan menunaikan solat Zuhur dihabiskan sendirian di kamar pejabat.
Dia tiada selera mahu makan. Nasib baik hari ini, dia cuti solat. Jadi
kelapangan masa dihabiskan sendirian di pejabatnya. Pada Umairah, dia sudah
maklumkan terlebih awal yang dia tidak dapat bersama dengan gadis itu seperti
selalu. Nasib baik gadis itu memahaminya. Lantas tanpa banyak soal, gadis itu
mengangguk sahaja.
Tok!! Tok!!
Bunyi ketukan
kedengaran di muka pintu. Aniyah menoleh ke arah pintu biliknya yang tertutup
rapat. “Masuk,” arah Aniyah. Serta-merta daun pintu dikuak. Tersembul satu
wajah yang tidak diduga kehadirannya.
“Ya ada apa
yang boleh saya bantu?” soal Aniyah berlagak formal. Dia kini sudah duduk
mengadap Saiful di hadapannya.
Saiful tidak
menjawab. Sebaliknya matanya menuntas ke arah figura bertudung litup di
hadapannya. Satu panorama yang menyejukkan mata dan hatinya. Dia suka melihat
perubahan yang berlaku di hadapannya. Satu anjakan membuatkan dia kagum dengan
gadis di hadapannya.
Sebetulnya
inilah pertama kali dia berhadapan dengan perubahan Aniyah. Walaupun berita ini
sudah tersebar meluas di syarikat tetapi baru kini dia berkesempatan untuk
melihatnya.
“Encik
Saiful!!” panggil Aniyah geram. Dia tidak selesa dengan reaksi yang ditunjukkan
lelaki di hadapannya.
Saiful
sedikit tersentap dengan suara Aniyah itu. Reaksinya seolah-olah baru tersedar
dari mimpi. Dia mengeluh menyembunyi kalut di dada. Jauh betul lamunannya. Dia membetulkan posisi
duduknya.
“Kenapa duduk
kat pejabat?” tanya Saiful menimbulkan keanehan pada Aniyah.
“Perlu ker
tahu?” balas Aniyah menunjukkan rasa tidak selesanya.
“Yalah,
sekarang waktu rehat.”
“Waktu rehat
bukannya bermakna semua pekerja wajib tinggalkan pejabat kan?” Suara Aniyah bernada mengejek. Ingat ni zaman
budak sekolah ker? Waktu rehat perlu tinggalkan kelas. Oh tolonglah!
Saiful
merenung Aniyah tajam. “Sedarlah diri tu baru sihat. Takkan nak duduk dalam wad
lagi kot!” sindir Saiful tajam, setajam renungan matanya.
“Suka hati
oranglah nak rehat ker tak nak!” gerutu Aniyah memprotes bicara Saiful. Namun
protes itu disuarakan dalam nada perlahan. Walaubagaimanapun masih jelas di
pendengaran Saiful.
“Yalah suka
hati!” ejek Saiful dengan suara kerasnya. “Nanti alih-alih satu pejabat dapat
susah gara-gara dia!”
Wah macam
mengungkit sahaja lelaki ini! Aniyah tajam merenung lelaki di hadapannya. “Lain
kali kalau tak ikhlas jangan dibuat.”
Orang tak suruh pun dia buat! Ayat itu hanya terpendam sahaja di lubuk
hati Aniyah. Dia faham sangat maksud ayat lelaki di hadapannya. Umairah sudah
menceritakan kepadanya tentang ‘kebaikan’ lelaki.
“Apa yang
merepek neh?” soal Saiful lantang, persis tidak mengerti maksud ayat Aniyah.
Persoalan yang
dilontarkan Saiful telah membuahkan jelingan sinis di mata Aniyah. “Ya saya
tahu yang Encik Saiful sudah ‘berbakti’ pada pengurusan saya. Tak payahlah nak
mengungkit!” balas Aniyah. “By the way,
terima kasih banyak-banyak!”
Saiful
mendengus keras. “Kadangkala apa yang mulut orang cakap boleh disalah taksif
oleh minda orang yang mendengar! Jadi berhati-hati.” Lantas Saiful bangkit dari
kerusi yang didudukinya. “Sekejap lagi pizza akan sampai ke bilik awak. Apa
yang saya tahu, saya nak tengok kotak tu kosong sebelum waktu pejabat bermula.
Jika tak, siap orang yang bernama Nurulain Fatinah Aniyah!”
Dengan
kata-kata itu, Saiful pantas beredar meninggalkan bilik Aniyah membuatkan
Aniyah terpinga menghantar pemergian lelaki itu.
Assalaamualaikum ! Done follow you ! Follow me back kayh =)
ReplyDeletetak sabarnya tunggu sambungan :)
ReplyDeletedone follow:)
ReplyDeletethanks smua yg sudi singgah sini.. jemput dtg lagi :)
ReplyDelete