Bab 19
Perlahan-lahan kelopak mata Aniyah terbuka. Pada mula, penglihatannya sedikit kabur tetapi
lama kelamaan suasana sekeliling jelas terakam di matanya. Dia mengerut dahi.
Suasananya terlalu asing. Ruang bilik yang diduduki dipandang hairan.
Tiba-tiba
daun pintu ditolak. Terpancul susuk tubuh Mak Cik Bibah dan Saiful. “Niya dah
sedar.” Suara Mak Cik Bibah gembira sambil berjalan laju mendapatkan Aniyah
yang terlantar lemah di atas katil. Bekas makanan yang berada di tangannya diletakkan
di atas meja di sisi katil.
“Saya
panggilkan doktor sekejap.” Saiful segera meninggalkan bilik tersebut.
“Niya
kat mana Mak Cik Bibah? Kenapa Niya kat sini?” soal Aniyah lemah. Dia cuba
bangun tetapi tenaganya terlalu sedikit untuk menampung tubuhnya.
“Eh
jangan bergerak sangat. Badan Niya lemah lagi,” tegur Mak Cik Bibah seraya
membantu Aniyah membetulkan kembali posisi baringannya. “Niya kat hospital
sekarang. Tadi Niya pengsan kat pejabat.”
“Pengsan??”
soal Aniyah terkejut.
Kepala
Mak Cik Bibah mengangguk. “Ya. Niya pengsan kat bilik air. Nasib baik ada Umai
dan Epul. Mereka yang bawa Niya ke sini.”
Khabar
berita itu membuatkan Aniyah mengeluh lemah. Sekarang dia sudah tahu epilog
kisahnya. Dia masih ingat kembali detik terakhir dia sedar. Ketika itu sedang
berdiri di sinki, memuntahkan segala benda yang menjolak tengkuknya. Malangnya
yang keluar hanya air liur yang pekat lagi masam. Keadaan dia memang agak
lemah. Berkali-kali dia menyembah air ke mukanya, cuba menghilang rasa loya dan
pening. Namun selepas itu, dia sudah tidak tahu apa yang sudah terjadi
sehinggalah Mak Cik Bibah memberitahunya.
Seketika
daun pintu ditolak. Kelihatan seorang lelaki berkot putih bersama dengan
seorang gadis berpakaian seragam biru. Di belakang mereka pula ialah Saiful.
Ketiga-tiga mereka melangkah masuk lalu mendapatkan Aniyah yang terbaring lemah
di atas katil.
“How are you, Cik Aniyah?” tanya lelaki
berkot putih itu mesra. Muka pucat Aniyah dipandang.
“Okey
doktor,” jawab Aniyah apabila terpandang nama tag yang terlekat elok di kot
yang tersarung di tubuh lelaki itu.
Doktor
muda itu tersenyum. Dia lantas memeriksa nadi Aniyah. Kemudian dia berkata
sesuatu kepada gadis berbaju biru di sisinya. Gadis itu mengangguk-angguk
sambil menulis sesuatu di atas papan di tangannya.
“Okey,
Cik Aniyah. Saya nak check suhu badan
awak.” Thermometer disuakan ke mulut Aniyah. Aniyah membuka mulutnya.
Perlahan-lahan hujung thermometer itu dimasukkan ke dalam mulut. Aniyah
mengepit thermometer itu. Doktor di sisinya diam memerhati. Selepas beberapa
ketika, akhirnya doktor itu kembali berkata-kata pada pembantunya. Sekali lagi
pembantu itu mengangguk sambil mencacat di atas papan di tangannya.
“Okey
dah boleh buka mulut awak.”
Aniyah
patuh pada arahan doktor itu. Dia membuka mulut. Thermometer di mulutnya
ditarik keluar.
“Macam
mana doktor?” Saiful bersuara setelah lama diam memerhati.
“Cik
Aniyah masih lemah lagi. Jadi dia perlukan rehat yang secukupnya. Di samping
itu, dia perlu menjaga masa makannya. Badannya perlukan tenaga. Kalau dia
biarkan perutnya lama tak berisi, dikhuatiri dia akan mendapat gastrik yang
lebih serius. Lebih penting, jangan abaikan soal pengambilan ubat. Sekarang Cik
Aniyah diserangi lima penyakit dalam satu masa. Demam, Batuk, Selesema, Pening
dan Gastrik. Jadi untuk melawan serangan penyakit itu, saya nasihatkan Cik
Aniyah supaya tidak mengabaikan apa yang saya cakapkan tadi.” Keterangan yang
panjang lebar itu membuatkan Aniyah mengeluh berat.
“Bila
saya boleh keluar doktor?” soal Aniyah.
“Buat
masa sekarang pihak hospital terpaksa menahan Cik Aniyah untuk tujuan
pemantauan kerana badan Cik Aniyah terlalu lemah.”
“Tak
boleh ker saya balik berehat di rumah?” Aniyah bertanya dalam nada simpati. Dia
benar-benar berharap agar dia boleh keluar segera dari hospital. Dia memang
tidak suka tinggal dalam wad yang pastinya menyekat setiap gerak-gerinya.
Doktor
muda itu tersenyum seraya menggeleng. “Tak boleh. Seperti yang saya katakan,
pihak hospital terpaksa menahan Cik Aniyah dengan tujuan memudahkan pemantauan
terhadap kesihatan Cik Aniyah. Badan Cik Aniyah terlalu lemah. Kami takut,
risiko-risiko penyakit yang lebih berbahaya mungkin mudah menyerang tubuh Cik
Aniyah jika kami benarkan Cik Aniyah keluar dari hospital. Antibodi Cik Aniyah
terlalu lemah buat masa ini,” terang doktor muda itu mesra.
“Baiklah
kalau begitu doktor. Saya yakin doktor lebih arif dalam soal ini.” Saiful bersuara persis orang
yang bertanggungjawab dalam hidup Aniyah. Walhal antaranya dengan wanita itu
hanyalah atas dasar majikan dan pekerja. Barangkali situasi yang mendesak
Aniyah berada di hospital membuatkan dia berkata begitu.
Doktor
muda itu tersenyum pada Saiful. “Kalau begitu saya minta diri dulu. Nanti soal
pemberian ubat, pembantu saya ini akan uruskan,” ujar doktor muda itu sebelum
meminta diri. Pembantunya itu juga turut sama berlalu pergi.
“Mari
makan. Mak Cik Bibah ada buatkan bubur untuk Niya,” sela Mak Cik Bibah sebaik
kelibat doktor dan pembantunya hilang dari pandangan mata. Orang tua itu pantas
membuka penutup bekas bubur.
“Tak
lalulah Mak Cik Bibah,” keluh Aniyah ketika Mak Cik Bibah menyua sudu berisi
bubur ke mulutnya. Sememangnya dia masih tidak boleh menerima apa-apa makanan.
Tengkuknya terasa sangat pahit dan perit. Selera benar-benar tiada.
“Eh
mana boleh macam tu. Kan doktor dah cakap tadi. Kena jaga waktu makan. Kalau
tak, gastrik Niya akan jadi lebih teruk. Mari makan. Perut tu dah lama kosong,”
pujuk Mak Cik Bibah lembut.
“Betul
cakap Mak Cik Bibah tu. Time makan
kena makan.”
Aniyah
menjeling pada lelaki yang baru sahaja berkata-kata itu. Sibuk aje! Dengusnya.
“Mak
Cik Bibah suapkan Niya, ya?” pujuk Mak Cik Bibah lagi.
Sudahnya
Aniyah terpaksa akur. Dengan bantuan Mak Cik Bibah, dia bangun bersandar di
kepala katil.
“Kalau
nak sihat, kenalah dengar nasihat doktor,” ucap Mak Cik Bibah seraya menyuap
bubur yang dibuatnya ke dalam mulut Aniyah.
No comments:
Post a Comment