Bab 30
“Apahal
pula ni?” tegur Datin Samsiah terperanjat. Wajahnya penuh rasa terkejut saat
melihat anak bongsunya di papah Aniyah. “Mana dapat penyakit ni?” soal Datin
Samsiah sambil memerhati kakinya Dhaniyah yang berbalut.
“Mummy neh banyak tanyalah. Bukan
nak tolong papah orang pun,” ngomel Dhaniyah sedikit keras. Hatinya yang masih
belum reda kepanasan dek kejadian tadi makin bertambah panas dengan soalan bertalu-talu
daripada mummynya.
Datin Samsiah menjeling ke arah anak
bongsunya itu. Panas hati tuanya mendengar ayat anaknya itu. Tambah panas bila
nada yang diguna agak keras. Tiada adab langsung!
Aniyah hanya diam membisu melihat
bunga-bunga petengkaran antara mummy dan adiknya. Dia terus memapah adiknya berjalan menuju ke
arah sofa. Beg plastik yang berisi ubat adiknya dipegang di tangan kanan. Dengan penuh berhati-hati dia meletakkan tubuh
adiknya itu di atas sofa berangkai tiga.
“Kenapa Dani?” tanya Datin Samsiah
sambil menghempas punggungnya di atas sofa yang terletak di hadapan sofa yang
diduduki anak.
“Accident
tadi,” jawab Dhaniyah seraya mengangkat kakinya yang berbalut ke atas sofa.
“Urat sekejap,” pinta Dhaniyah pada Aniyah yang duduk di hujung sofa.
Aniyah mengerut dahi. Mukanya nampak tidak puas hati. “Kan doktor
kata tak boleh urut,” bangkang Aniyah pada permintaan adiknya itu. Dia masih
ingat lagi pesanan doktor yang merawat adiknya itu. Doktor itu menasihati agar
bengkak pada kaki adiknya itu tidak diurut kerana itu akan menambahkan lagi
kesakitannya.
“Alah doktor tu bukannya ada kat
sini,” balas Dhaniyah persis tidak takut dengan arahan yang dikeluarkan doktor
yang merawatnya. “Kaukan pandai urut. Apakata kau aplikasikan kepakaran kau tu
pada kaki aku. Taklah sia-sia ilmu mengurut yang kau belajar dari Mak Cik
Bibah. Kau kan anak angkat kesayangan dia.” Tanpa mengambil kira jasa Aniyah
yang telah membantunya, mulut Dhaniyah lancang seperti kebiasaannya.
Meskipun pedih mendengar kata-kata
adiknya itu tetapi Aniyah tetap menurut kehendak adiknya itu. Perlahan-lahan
dia membuka balutan pada kaki adiknya itu.
“Ya ALLAH, kenapa ni Dani?”
Terlopong Datin Samsiah saat melihat kakinya anak bongsunya yang bengkak.
“Entah anak siapa yang tiba-tiba
datang rempuh orang. Tau-tau dah terpelencok jatuh. Memang sial betul budak
tu!” Lancang mulut Dhaniyah mengutuk si kecil yang melanggarnya tadi. Tanpa dia
sendari bicaranya itu telah mengundang rasa tidak enak di hati kakaknya.
“Nanti mummy pergi tanyakan Mak Cik
Bibah pasal minyak gamat.” Segera Datin Samsiah beredar daripada situ. Hati
tuanya walang melihat keadaan anak bongsunya itu.
“Ha, kat situ sedap,” ulas Dhaniyah pada
urutan yang sedang dilakukan Aniyah. Tangan menekan skrin telefon bimbitnya.
Telefon touch skrin yang berada di
tangan segera ditekap ke telinganya. “Siapa pula minah Indo ni?” soal Dhaniyah
menarik perhatian Aniyah. Aniyah
memagung kepalanya. Dhaniyah sedang merenung telefonnya. Dapat
dilihat reaksi hairan di wajah Dhaniyah.
“Saiful ada?” soal Dhaniyah kembali
menekapkan telefon bimbit di telinga. “La orang gaji dia ker? Bila pula ambil
orang Indo neh?” ngomel Dhaniyah sendirian. Aniyah sekadar memasang telinga
mendengar kata-kata adiknya itu. Dia kembali menyambung urutannya.
“Hello you...I ni..” Aniyah diam mendengar perbualan adiknya di talian. Dengan
suara manja Dhaniyah mengadu pada pemanggil di hujung talian. Aniyah tahu dengan siapa adiknya sedang bercakap.
Gaya bahasa serta lenggok tubuhnya sudah cukup menyakinkan Aniyah bahawa yang
berada di hujung talian sekarang ialah Saiful.
“You..
kaki I sakit,” ngadu Dhaniyah dengan
suara manjanya. Naik bulu roma Aniyah
mendengar suara adiknya itu. Tiba-tiba dia teringat bacaannya pada satu artikel
tentang bahaya suara wanita yang boleh menaikkan nafsu lelaki. Astagfillahalhazim.
“Entah budak mana yang langgar I tadi sampai I terpelecok jatuh. Memang tak guna betul budak kecil tu! Sakit
tau.”
Memang tak guna betul budak kecil
tu!
Aniyah yang dari tadi hanya
menunduk, memejam seketika matanya. Dia tidak dapat bayangkan kalau status si
kecil itu diketahui adiknya. Pasti adiknya menyesal tak terkata.
“Ouch!!!” jerit Dhaniyah mengejutkan
Aniyah. Terpinga-pinga Aniyah memandang adiknya.
“Sakitlah bodoh!” tempik Dhaniyah
dengan mata tajamnya. Suaranya kasar.
Namun seketika intonasinya berubah. “Eh bukan I cakap kat you lah. I cakap dengan kakak I ni. Dia tengah urut kaki I.”
Aniyah kembali menjatuhkan wajahnya.
Kaki adiknya dipandang lalu dia meneruskan semula urutan.
“Eh dia memang pandai urut. Diakan anak kesayangan Mak Cik Bibah. Jadi bab-bab traditional neh memang serah pada
dialah.” Ujuran berbentuk sindiran itu hanya ditelan sahaja Aniyah walaupun
terasa sangat menyakitkan.
“Of
course. Memang bertuah sangat husband
dia nanti.” Dhaniyah ketawa sambil menjeling ke arah wajah kakaknya. “Memang best sangat dia urut.” Dhaniyah ketawa lagi. Langsung tidak diendah
perubahan wajah kakaknya yang sedang menunduk.
“Kan I dah cakap dengan you.
Dia kan anak kesayangan Mak Cik Bibah. Of
course lah dia menuntut ilmu mengurut dengan orang tua tu.”
Dhaniyah ketawa lagi.
Aniyah makin tidak sedap hati
mendengar perbualan antara adiknya dengan ‘teman bualannya’. Lagak mereka
berdua persis sedang mengejeknya.
“Apa you kata, I kena menuntut ilmu zaman tok kaduk tu?
Oh please okey!” sela Dhaniyah jelak.
Suara tawanya mati dengan tidak semena-mena. Memang tidak pernah terfikir dek
akalnya untuk mendalami ilmu mengurut. Sungguh mengarut baginya cadangan yang
dilontarkan teman bualannya itu.
Ilmu zaman tok kaduk? Terkejut
Aniyah mendengar ayat adiknya itu. Ilmu zaman tok kaduk konon. Sedarlah sikit
bahawa ilmu zaman tok kaduk yang dihina inilah juga yang dia nak! Cakap entah
apa-apa. Gerutu Aniyah.
“Eh sekejap.”
Dhaniyah membetulkan duduknya. Kakinya yang sebentar tadi melunjur di hadapan
Aniyah, sudah berubah kedudukan. Kini jatuh di atas lantai. Aniyah memandang
hairan ke arah adiknya itu. Tambah pula apabila renungan adiknya itu semacam
sahaja padanya.
“I peliklah
dengan you, Encik Saiful. Sekarang
ni, I telefon you sebab nak bagitahu you tentang
diri I. Yang you sibuk bercakap pasal kakak
I ni, kenapa????”
waa...seronoknya ada bakal menulis...cik lynn mmg peminat novel :P
ReplyDeletebiasa2 je Cik Lynn.. isi masa lapang :)
ReplyDelete