Bab 28
“Sekejap lagi pizza akan sampai ke bilik
awak. Apa yang saya tahu, saya nak tengok kotak tu kosong sebelum waktu pejabat
bermula. Jika tak, siap orang yang bernama Nurulain Fatinah Aniyah!”
Aniyah
mencapai sepotong pizza yang berada dalam sebuah kotak di hadapannya. Dengan
lafaz bismillah, perlahan-lahan hujung pizza itu digigit.
Dia tidak
faham mengapa lelaki bernama Saiful terlalu suka memaksanya. Pening betul dia dengan kerenah lelaki itu.
Fikirnya, kejadian yang berlaku di hospital adalah yang terakhir dia terlepas
daripada ‘kuasa diktaktor’ lelaki itu dalam urusan yang membabitkan keperluan
peribadi. Namun rupanya dia silap. Hari pertama masuk kerja, lelaki itu sudah
menunjukkan ‘kuasanya’
Sedap juga
pizza ni!
Dalam pada
tidak berpuas hati dengan lelaki bernama Saiful, sempat Aniyah memuji pizza
pemberian lelaki itu. Habis satu potong, dicapai lagi sepotong. Serasanya
inilah pertama kali dia merasa pizza tersebut. Jenama terbaru ker? Aniyah
membelek pizza di tangannya sambil menggigit sedikit pada bahagian kanan pizza.
Boleh tahan juga selera lelaki ini.
Tok!! Tok!!
Bunyi ketukan
pada muka pintu mengentikan kunyahan Aniyah. Gadis itu segera memanggil
tetamunya masuk. Serta-merta tersembur wajah Umairah di hadapannya.
“For you, Cik Niya.” Umairah tersenyum
seraya menunjukkan bungkusan di tangannya. Dia mara mendapatkan ketuanya yang
persis terkejut dengan kehadirannya.
Aniyah kaget
sebentar apabila melihat Umairah meletakkan bungkusan di atas. Dia ingin
bertanya pada Umairah tetapi gadis itu memberi isyarat tangan agar dia bersabar
seketika. Lantas Aniyah pendamkan sahaja kekeliruan yang menerbit di
fikirannya. Matanya menuntas pada plastik di hadapannya ketika kelibat Umairah
sudah hilang dari biliknya.
“Terlupa pula saya nak ambil bekas tadi,” tutur
Umairah yang sudah kembali semula ke dalam bilik Aniyah. Kini dia hadir bersama
mug yang biasa diguna pakai Aniyah. “Sorry
terlewat. Mesti Cik Niya dah
hauskan. Jalan jem hari ini. Saya makan kat bandar.”
Aniyah
hanya mengangguk. “Berapa?” tanya Aniyah bertanyakan harga minuman yang sedang
dituang pembantunya. Walaupun dia bingung dengan kehadiran minuman yang tidak
dipesannya tetapi untuk menolak, dia tidak sampai hati. Dia perlu menghargai
keprihatinan pembantunya itu yang seolah-olah mengetahui yang dia tiada minuman
untuk dibuat penghilang dahaga. Set pizza yang sampai ke mejanya memang tidak
disertakan dengan minuman. Cadangnya sebaik selesai menjamah, dia akan ke
pantri mendapatkan minuman untuk dirinya. Alih-alih lain pula jadinya.
“Tak
perlulah Cik Niya, small matter je.”
Umairah tersenyum sebaik sudah menuang air teh o panas yang dibelinya.
“Eh
apa pula. Tak bolehlah macam tu,” tutur Aniyah langsung mencapai beg tangannya
dari laci. “Segan saya dengan awak,” tokok Aniyah sambil mengeluarkan
dompetnya.
“Janganlah
macam tu Cik Niya,” halang Umairah sebaik not lima ringgit diletakkan Aniyah di
hadapannya. “Saya tukang beli sahaja.
Bayarannya dah dijelaskan.”
Seribu
kerutan terukir di wajah Aniyah sebaik mendengar kata-kata Umairah. “Maksud?”
Senyuman di wajah Umairah makin lebar. “Sebenarnya, Encik
Saiful yang suruh saya belikan Cik Niya air ni. Siap pesan jangan letak ais
lagi.”
Aniyah terperanjat. Dia termangu mendengar ayat yang
dilafazkan pembantunya itu. Dia pandang pembantunya dengan mata tidak berkelip.
“Saya minta diri dulu ya, Cik Niya. Banyak kerja perlu
saya siapkan,” pinta Umairah kepada Aniyah yang masih terpaku di atas kerusi.
“Cik Niya....” Umairah memanggil ketuanya itu sambil melambai
tangan di hadapan Aniyah apabila melihat keadaan Aniyah yang seakan terpaku
memandangnya.
“Eh..ar..apa dia?” Kalut Aniyah bersuara sehingga
menimbulkan tawa kecil dari mulut Umairah.
“Saya minta diri dulu. Saya ada kerja nak perlu siapkan,”
ucap Umairah sambil tersenyum pada ketuanya.
Aniyah mengangguk. Namun seketika dia bersuara semula menghalang
langkah Umairah yang sudah di ambang pintu. “Awak nak pizza?”
“Tak apalah Cik Niya. Saya dah kenyang. Terima kasih,” balas Umairah
sebelum meninggalkan bilik Aniyah.
Aniyah duduk bersandar di kerusinya. Makanan dan minuman
di hadapannya, dipandang silih berganti. Perlahan-lahan kelopak matanya
tertutup rapat.
Kenapa dia perlu buat
semua ni?????
No comments:
Post a Comment