Novel 17
Nasib baik pembentangan dijangka diadakan pada
pukul 10 pagi disebabkan Dato Said ada hal yang perlu diuruskan. Dapatlah
Aniyah membuat persediaan dengan melihat semula dokumen-dokumen yang telah dia
siapkan. Slide power point yang
dibuatnya juga diperhati satu demi satu.
Tok!!
Tok!!
“Masuk,”
arah Aniyah sambil matanya tidak lepas dari skrin laptop.
“Sorry ganggu Cik Niya.” Kedengaran suara
Umairah di kamar kerja Aniyah. Pantas Aniyah memagung kepalanya.
“Tak
apa. Ada apa?”
“Baru
sebentar tadi Encik Saiful telefon saya. Dia minta saya maklumkan pada Cik Niya
yang dia tunggu Cik Niya di kafeteria pejabat sekarang.” Umairah tersenyum ketika
menyampaikan pesanan Saiful pada Aniyah.
Sebaik
mendengar hajat yang dibawa Umairah itu, Aniyah langsung menyambung kerjanya.
“Awak cakap dengan bos kita tu yang saya sibuk.”
Berubah
wajah Umairah sebaik ayat itu terbit dari bibir Aniyah. “Tapi dia cakap, Cik Niya
diwajibkan turun ke kafeteria sekarang juga.” Perkataan wajib ditekan Umairah
bagi menunjukkan bahawa peri pentingnya Aniyah mengikut amanat yang
disampaikannya sebentar tadi.
“Kalau
macam tu, awak sahajalah yang gantikan tempat saya. Saya betul-betul sibuk dan
tak ada masa nak terima apa-apa temu janji sekarang.”
Umairah
telan air liur. Dia kalut mendengar kata-kata Aniyah. “Mana boleh macam tu Cik Niya.
Mana saya biasa makan berdua dengan bos. Kang ada pula gosip-gosip liar di pejabat.
Tak mahulah saya.” Umairah cuba menyelamatkan dirinya daripada dipaksa
menggantikan tempat ketuanya. Oh tidak sama sekali dia duduk semeja dengan anak
pemilik syarikat yang mempunyai pengaruh yang cukup luar biasa. Siapa yang mahu
cepat terkenal di syarikat, cara mudahnya adalah berdampingan dengan lelaki
itu. Cepat sahaja mulut-mulut yang kuat menjaja cerita menjalankan kerja-kerja
terkutuk itu.
“Awak
ingat saya biasa ker makan dengan dia,” sela Aniyah. “Dahlah buat tak tahu
ajelah. Masing-masing sibuk. Tak ada masa nak layan kerja tak berfaedah tu.”
“Tapi...”
“Memang
dia bos tapi tak semua perkara dia boleh buat sesuka hati dia,” potong Aniyah
sebelum sempat Umairah menghabiskan kata-katanya. Dia memang tiada masa mahu
melayan kerenah Saiful. Dia banyak kerja lain yang perlu dilakukan daripada
melayan lelaki itu. “Walau kita pekerja bawahan tapi kita masih ada hak untuk
bersuara. Kita ada etika berkerja. Jadi
selagi kita di landasan betul, pedulikan apa yang menggugat kedudukan kita. Jika dia nak lawan, kita lawan balik dengan cara
profesional!” tegas Aniyah.
Sudahnya
Umairah mengangguk akur. Nampaknya dia
tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Ketuanya itu sudah memuktamadkan
keputusannya. Dengan ini, dia perlu bersedia untuk berhadapan pula dengan anak
pemilik syarikat. Aduh pening kepala apabila terpaksa menjadi orang tengah.
“Kalau
macam tu, saya pinta diri dululah,” ucap Umairah.
“Nanti
awak kunci terus pintu bilik saya. Kalau
ada panggilan yang tiada kaitan dengan kerja, tolong tapis. Saya sangat sibuk
untuk hari ini!”
Sekali
lagi Umairah hanya mampu mengangguk. Faham benar dengan arahan yang baru
disampaikan Aniyah sebentar tadi.
terima kasih..jemput singgah lagi :)
ReplyDeleteSeronok dapat sambung baca novel ni. Apa akan jadik pada Umairah ye? Emmmm...
ReplyDeleteUmairah?? datanglah slalu utk tahu perkembangan cerita..terima kasih atas skongan :)
ReplyDelete