Penulisan di sini hanyalah satu garapan imaginasi biasa sahaja, tiada kena-mengena dengan sesiapa..jika ada itu hanya satu kebetulan..Maaf andai ada yang terasa..Maaf juga untuk sebarang kekurangan..saya mengalu-alukan sebarang komen sahabat sekalian...

Friday, November 23, 2012

Novel: Jangan Bersedih Lagi ( Bab 18)



Bab 18

Kesihatan yang tidak menentu bertambah tidak menentu jadinya sebaik Aniyah selesai mengadap segala persediaan untuk sesi pembentangan. Kepalanya dipicit. Walapun hanya sejam mengadap skrin laptop, tetapi sakitnya seperti sudah sepuluh jam mengadap laptop. Selesema dan batuknya juga makin menjadi-jadi walaupun suis penghawa dingin sudah dimatikan. Dia cuba untuk tidak mahu mengendahkan tahap kesihatannya itu.  Namun serangan itu makin menjadi-jadi saat jarum jam menghampiri ke angka sembilan.
            Ah, tadi okey aje! Keluh Aniyah sambil menghempas tubuhnya di belakang kerusi. Dia ingin berehat seketika. Setengah jam lagi dia harus ke bilik mesyuarat, membuat persiapan sebelum pembentangan dijalankan. Perutnya yang memulas tidak diendahkan. Walaupun perutnya lapar tapi seleranya benar-benar tiada. Seleranya memang sudah lama hilang gara-gara keperitan anak tekak yang dirasainya. Nampaknya, tekadnya untuk mengambil cuti setengah hari, bakal dilakukan.
            Sambil memejam mata, telinganya dibuai dengan lagu-lagu melankolik dari laptopnya yang dibiarkan terpasang. Dia senang begitu. Semua lagu yang dipasang adalah lagu kesukaannya. Hampir mahu terlelap matanya tika itu. Namun nasib baik dia cepat tersedar. Pantas dia memandang jam di dinding. Serta-merta dia lekas mengemas mejanya. Kesakitan yang terasa menyengat di tubuhnya, tidak dipedulikan.
            Beg laptop yang terletak di bawah meja dicapai. Laptop yang sudah dimatikan, dimasukkan ke dalam begnya. Dokumen-dokumen di atas meja dikemas. Segala peralatan menulis dimasukkan semula ke dalam bekasnya. Mejanya kembali tersusun.
            Dia menekan intercom. “Umai, saya perlukan bantuan awak!” Sebaik panggilan itu dibuat, Aniyah lantas bangun berdiri. Tiba-tiba kepalanya berdenyut kuat. Dia mengaduh sambil memegang kepalanya. Saat itu daun pintu biliknya diketuk dari luar. Dengan bersusah payah, Aniyah berjalan sambil membibit beg laptopnya berserta dokumen penting.
            Are you okey, Cik Niya?” tegur Umairah sebaik daun pintu dibuka. Wajah keruh Aniyah dipandang kerisauan.
            “Okey,” jawab Aniyah pendek.
            “Pucat muka ni. Are sure?” soal Umairah seakan kurang yakin dengan jawapan yang diberikan ketuanya.
            “Jangan risau. Apa yang penting, teman saya ke bilik mesyuarat.”
            Umairah mengangguk. “Mari saya bawakan barang-barang Cik Niya!” Tanpa berlengah, beg laptop dan dokumen di tangan Aniyah dicapai.
            “Terima kasih. Jom, kita dah lewat,” ajak Aniyah. Umairah mengangguk sekali lagi.
            Akhirnya mereka berdua melangkah pergi meninggalkan pejabat.
***
            “Assalammualaikum..” Serentak dengan ucapan itu daun pintu terbuka dengan luas. Aniyah yang sedang menyemak paparan pada skrin, terpaggung kepalanya dengan serta-merta. Begitu juga dengan Umairah yang dari tadi menjadi ‘pengkritik’ kepada slide persembahan Aniyah.
Kedua-dua mereka pantas berdiri. Bagai berjanji, kedua-duanya memberi tunduk hormat sambil menjawab salam yang dihulurkan sebentar tadi. Di hadapan mereka kini sudah berdiri, Dato Said iaitu penerju utama Neraca Holdings. Di sebelahnya pula adalah pewaris syarikat Neraca Holdings. Siapa lagi kalau bukan Ahmad Saifullah Sayyidi.
            “Lama menunggu?” tanya Dato Said ramah.  Matanya menuntas pada kedua-dua gadis di hadapannya.  Kerusi di hujung meja di tarik lalu dilabuhkan punggungnya di situ.
            “Tak adalah Dato,” jawab Aniyah sambil menghadiahkan senyuman.
            “Hmm..saya minta diri dulu untuk sediakan minuman.” Umairah bersuara dalam kegugupannya. Gugup juga dia apabila berhadapan dengan Dato Said. Maklum sahajalah, bukan selalu dia bertentangan mata dengan peneraju syarikat ini. Boleh kira dengan jari berapa kali setahun dia bersemuka dengan orang berpengaruh dalam syarikat ini. Itupun dalam mesyuarat besar.
            “Susah-susah sahaja tapi boleh jugalah. Buatkan saya kopi panas. Kasi kaw-kaw ya!” Suara Dato Said sambil ketawa.
            “Papa..” Saiful yang dari tadi diam membisu, bersuara buat pertama kalinya. “Not kopi! Umairah, buatkan susu suam untuk ayah saya.”
            Umairah mengangguk sambil tersenyum. “Encik Saiful nak minum apa?”
            “Saya bagi air suam sahaja.” Saiful menjawab sambil menarik kerusi di sebelah kanan papanya.
            “Baiklah, saya minta diri dahulu,” pamit Umairah sebelum berlalu meninggalkan bilik mesyuarat. Pada Aniyah, dia tidak perlu bertanya kerana memang tugasnya menyediakan minuman ketuanya itu. Jadi dia sudah tahu kesukaan ketuanya itu.
            Sementara di dalam bilik mesyuarat, Aniyah menyerahkan segala dokumen yang telah disediakan kepada Dato Said.
            Are you okey, Niya?” tanya Dato Said prihatin. Wajah tidak bermaya Aniyah ditatap. Ada garis-garis kepenatan berserta keletihan di wajah itu. “Adakah kerja yang saya bagi terlalu mendesak awak?” Soalan itu terkandung rasa bersalah si pelantunnya.
            Aniyah tersenyum seraya menggeleng. “Tak adalah. Saya okey Dato.”
            “Hmm.. Tone suara awak pun semacam ada yang tak kena.” Dato Said kelihatan ragu-ragu dengan kata-kata Aniyah. “Kalau awak tak sihat, kita boleh tunda.”
            Serta-merta Aniyah diburu kekalutan. “Eh tak apa Dato. Saya okey. Boleh kita mulakan?” Tidak mahu isu kesihatannya terus diperdebatkan, Aniyah meminta kebenaran untuk memulakan sesi pembentangan. Memek muka Saiful yang seakan penuh maksud tersirat dipandang sepintas lalu.
            “Kalau begitu kata awak, baiklah kita mula sekarang.”
            Aniyah menarik nafas lega sebaik mendengar arahan daripada Dato Said. Tanpa berlengah dia terus kembali ke ruang pembentangan. Dengan lafas bismillah, dia memulakan pembentangannya.
            “Assalammualaikum dan selamat pagi.” Mukadimah itu disampai dalam satu nafas. Kedengaran ucapannya disambut. Dia ingin meneruskan pembentangannya. Namun ketukan bersama kuakan pintu, menghentikan niatnya. Muncul susuk tubuh Umairah bersama dulang berisi minuman.
            “Maaf..” ucap Umairah.  Dia pantas melangkah. Tidak mahu mencuri ruang masa yang ada. Minuman dalam dulang pantas diagih. Kerjanya sungguh pantas dan cekap tanpa sebarang masalah.
            Sebaik Umairah mengambil tempat duduknya. Aniyah kembali pada mode pembentangannya.
            “Seperti yang kita tahu bahawa hari ini akan diadakan pembentangan tentang kes pergaduhan yang berlaku di tapak pembinaan bangunan kedai. Untuk makluman, kes ini membabitkan dua pekerja Indonesia. Mereka adalah...”
            Tangan Aniyah pantas menukar slide. Dua orang pekerja yang terbabit dalam pergaduhan diperkenalkan. “Mengikut data yang ada...” Batukan Aniyah kedengaran lebih pantas daripada ayatnya. Keadaan ini telah menyebabkan pembentangannya sedikit terganggu. Umairah memandang simpati. Saiful pula sudah tidak sedap hati. Dato Said, memandang empati. “Are you okey, Aniyah?”
            Aniyah mengangguk menjawab pertanyaan Dato Said. “Maaf.. Saya sambung kembali..” Aniyah membetulkan suaranya agar lebih jelas kedengaran. “Mengikut data yang ada.. Pekerja pertama sudah bekerja hampir tiga tahun dengan syarikat kita manakala pekerja kedua baru setahun.”
            Suara Aniyah terhenti seketika. Dia mula terasa sesuatu yang tidak enak ditenguknya. Dia cuba bertahan dalam pusingan kepala yang tiba-tiba mula bergerak. Dia tidak mahu mengendahkannya. Lantas tetikus laptopnya ditekan. Slide bertukar. Tersergam jelas carta aliran di paparan skrin yng menunujukkan kronologi peristiwa yang berlaku di tapak pembinaan. “Seperti yang dapat dilihat. Berikut ada kronologi peristiwa yang telah berlaku.”
            “Kisahnya bermula di sini.” Dengan menggunakan laser di tangan, Aniyah menunjukkan aliran pertama kronologi peristiwa itu. “Pekerja pertama datang menyerang pekerja kedua di tapak pembinaan pada jam..” Tiba-tiba suara Aniyah terhenti. Dia kelihatan seperti tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya. Keadaan ini menyebabkan tumpuan Dato Said, Saiful dan Umairah tidak lagi pada slide pembentangan Aniyah. Sebaliknya pada susuk tubuh Aniyah. Aniyah kini sedang menekup mulut persis sedang menahan sesuatu.
            Aniyah yang sudah tidak dapat menahan, pantas berlari keluar tanpa sempat mengeluarkan sebarang kata. Keadaan ini menyebabkan semua yang berada di situ terkejut dengan tindakan spontan Aniyah.
            “Umai, awak pergi tengok dia,” arah Dato Said. Umairah yang ketara cemas, kalut bangkit lalu berlari meninggalkan bilik mesyuarat.
            “Pa.. Epul pergi tengok dia sekejap. Macam tak sedap hatilah.”
            Dato Said memandang anak bujangnya yang nampak cemas. “Hmm pergilah.”
            Kebenaran itu segera membawa Saiful meninggalkan bilik mesyuarat. Dia berlari pantas meninggalkan kamar mesyuarat.
            “Tolong!! Tolong!!” Pekikan kuat dari arah bilik air yang bersebelahan dengan bilik mesyuarat membuatkan Saiful yang baru keluar dari bilik mesyuarat berlari laju ke arah suara itu.
            Saat tiba di bilik air, Saiful terpaku memandang sekujur tubuh Aniyah di atas lantai bilik air. 

4 comments:

  1. please proceed lg...cant wait another entry :)

    ReplyDelete
  2. btw bukan anak 'tengkuk' actually anak 'tekak' tengkuk tuh kat bahagian luar tekak kat dalam mulut :) good luck..keep writing

    ReplyDelete
  3. amranaiman: saya pun lama x update..hihi
    shika: sori lama x update and tq 4 ur support.. insyaALLAH sya akan cuba perbaiki mutu penulisan saya dari semasa ke semasa :)

    ReplyDelete