"Eh apa hubungan
kau dengan Epul, ha?”
Dasar bunya darat! Gumam Aniyah geram bercampur pedih.
“Apa tujuan kau
hantar gambar tu pada aku??”
“Tak guna punya
perempuan!”
“Kau jaga perempuan. Kau ingat kau tu anak Tan Sri, kau boleh
mengendeng
kat Epul. Kau belum kenal aku siapa!”
Aniyah mengeluh memikirkan perbualan adiknya tadi. Dia tidak tahu apa perasaannya sekarang.
Semuanya saling bercampur bau. Ada benci. Ada sesal. Ada marah. Ada geram. Ada
simpati. Ada syukur. Semua bergaul menjadi satu.
Kiranya tindakannya adalah betul, pergi meninggalkan
lelaki itu. Meskipun pedih. Meskipun pahit. Dia terpaksa melakukan itu. Dia
tidak sanggup menjadi orang ketiga antara adiknya dan Saiful. Dia wanita. Dia
tahu perasaan seorang wanita apabila cintanya dikhianati. Pedihnya sangat
mencengkam perasaan. Lantas pilihan yang ada adalah melepaskan lelaki itu.
SEKUAT mana kita
SETIA..
SEHEBAT mana kita MERANCANG..
SELAMA mana kita MENUNGGU..
SEKERAS mana kita BERSABAR..
SEJUJUR mana kita MENERIMA DIRINYA..
Jika takdir ALLAH menentukan yang kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersama dengannya..
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya..
SEHEBAT mana kita MERANCANG..
SELAMA mana kita MENUNGGU..
SEKERAS mana kita BERSABAR..
SEJUJUR mana kita MENERIMA DIRINYA..
Jika takdir ALLAH menentukan yang kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersama dengannya..
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya..
Kita tetap
akan bersama dirinya...
Kerana
tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat
yang tepat menurut Nya, insyaALLAH. Tiada yag kebetulan melainkan semuanya
telah dirancang. Dan yang sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥
Ya dia percaya pada tulisan artikel itu. SEKUAT mana dia SETIA..SEHEBAT mana dia
MERANCANG..SELAMA mana dia MENUNGGU..SEKERAS
mana dia BERSABAR..SEJUJUR mana
dia MENERIMA SAIFUL.
Jika takdir ALLAH menentukan
yang Saiful bukan dengan dengannya. Dia dengan Saiful tetap
tidak akan bersama walau sekuat mana perasaan itu hadir. Dia percaya pada
aturan ALLAH yang tahu yang lebih baik untuk hambaNYA.
Kerana tulang rusuk dan
pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurutNya,
insyaALLAH. Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah
dirancang. Dan yang sebaik-baik
merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥.
“Cik Niya....okey?”
Aniyah panggung kepalanya. Serta-merta matanya bertemu dengan pandangan
mata Umairah. Aniyah tersenyum lalu mengangguk.
“Cik Niya kata tak nak makan beratkan.. jadi saya beli
mee hailam. Boleh?” tanya Umirah pantas menyua sendu dan garpu kepada ketuanya.
Aniyah tersenyum dan mengangguk buat kali kedua. Dia
menyambut sendu dan garpu yang dihulurkan pembantunya. “Apa-apa pun boleh.
Janji jangan nasi.”
Umairah tersenyum mendengar kata-kata ketuanya itu. Dia
mengambil tempat di hadapan Aniyah. “Tak sangka pula ramai orang hari kan?”
“Biasalah cuti hujung minggu,” balas Aniyah.
“Ya tak ya kan..” Umairah ketawa kecil. “So macam mana Cik Niya? Berminat dengan
kondominium tu?”
“Hmm..sedang dalam pertimbangan. Awak rasa macam mana?”
“Kalau sayalah jadi Cik Niya. Saya beli kot. Rugi kalau
tak beli.” Umairah ketawa kecil. Kuah mee bandung disudu ke mulutnya. “Harga rumah
makin hari makin naik.”
“Awak pun mampu Umai,” sela Aniyah.
Umairah tersenyum. “Kalau ikut gaji memang mampu tapi
bila fikir mak ayah dengan adik-adik kat kampung, memang tak mampu.” Dia ketawa
di hujung katanya.
Aniyah terdiam tidak semena-mena. Hilang kata-katanya. Dia
tahu latar belakang Umairah. Ayah Umairah hanya melakukan kerja-kerja kampung.
Ibunya pula berniaga kuih secara kecil-kecilan. Adik-beradik Umirah pula masih
kecil. Umairah anak ketiga dari sembilan adik-beradik. Kakak sulungnya sudah berkahwin.
Sementara abang keduanya berada di Ireland, mengikuti master dalam bidang
perubatan.
Katanya Umairah,
dia perlu berjimat kerana tanggungjawab mencari nafkah lebih kepadanya. Dia
tidak mahu membebankan kakaknya yang sudah beranak satu. Lagipun suami kakaknya
bukan orang berada. Kerani di sekolah sahaja. Manakala abangnya masih menuntut
dan tentunya biasiswa yang diterima hanya cukup untuk pembelanjaan di sana.
Cuma kadangkala abangnya ada juga memasukkan duit ke akauannya walaupun
ditegah.
Prinsip Umairah itu membuatkan
Aniyah jadi kagum dengan pembantunya. Bagi Aniyah, Umairah seorang yang
bertimbang rasa. Tahu kepentingan antara keperluan dan kehendak. Paling utama
dia kagum dengan prinsip keutamaan gadis di hadapannya. Keluarga adalah
segala-galanya. Dia pernah mengikut gadis ini pulang ke kampung halamnannya.
Dapat dilihat ukhwah yang kukuh
terjalin di rumah papan dua tingkat keluarga Umairah. Mereka saling memberi dan menerima. Saling
menghormati dan bertimbang rasa. Walaupun tidak hidup mewah tapi kebahagian itu
tetap ada.
Benarlah kata orang, duit bukan jaminan kebahagian.
Walaupun duit boleh beli segala-galanya tetapi ada seperkara duit tidak
bernilai. Nilai duit tidak mampu menandingi nilai perasaan dalam membina sebuah
kebahagian.