Penulisan di sini hanyalah satu garapan imaginasi biasa sahaja, tiada kena-mengena dengan sesiapa..jika ada itu hanya satu kebetulan..Maaf andai ada yang terasa..Maaf juga untuk sebarang kekurangan..saya mengalu-alukan sebarang komen sahabat sekalian...

Friday, February 14, 2014

Novel: Jangan Bersedih Lagi (Bab 32)


"Eh apa hubungan kau dengan Epul, ha?”
Dasar bunya darat! Gumam Aniyah geram bercampur pedih.
“Apa tujuan kau hantar gambar tu pada aku??”
“Tak guna punya perempuan!”
 “Kau jaga perempuan.  Kau ingat kau tu anak Tan Sri, kau boleh mengendeng
kat Epul. Kau belum kenal aku siapa!”
Aniyah mengeluh memikirkan perbualan adiknya tadi.  Dia tidak tahu apa perasaannya sekarang. Semuanya saling bercampur bau. Ada benci. Ada sesal. Ada marah. Ada geram. Ada simpati. Ada syukur. Semua bergaul menjadi satu.
Kiranya tindakannya adalah betul, pergi meninggalkan lelaki itu. Meskipun pedih. Meskipun pahit. Dia terpaksa melakukan itu. Dia tidak sanggup menjadi orang ketiga antara adiknya dan Saiful. Dia wanita. Dia tahu perasaan seorang wanita apabila cintanya dikhianati. Pedihnya sangat mencengkam perasaan. Lantas pilihan yang ada adalah melepaskan lelaki itu.
SEKUAT mana kita SETIA..
SEHEBAT
mana kita MERANCANG..
SELAMA
mana kita MENUNGGU..
SEKERAS
mana kita BERSABAR..
SEJUJUR
mana kita MENERIMA DIRINYA..


Jika takdir ALLAH menentukan yang kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersama dengannya..
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya..
Kita tetap akan bersama dirinya...

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut Nya, insyaALLAH. Tiada yag kebetulan melainkan semuanya telah dirancang. Dan yang sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥
Ya dia percaya pada tulisan artikel itu. SEKUAT mana dia SETIA..SEHEBAT mana dia MERANCANG..SELAMA mana dia MENUNGGU..SEKERAS mana dia BERSABAR..SEJUJUR mana dia MENERIMA SAIFUL.
Jika takdir ALLAH menentukan yang Saiful bukan dengan dengannya. Dia dengan Saiful tetap tidak akan bersama walau sekuat mana perasaan itu hadir. Dia percaya pada aturan ALLAH yang tahu yang lebih baik untuk hambaNYA.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurutNya, insyaALLAH. Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang. Dan  yang sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥.
“Cik Niya....okey?”
Aniyah panggung kepalanya.  Serta-merta matanya bertemu dengan pandangan mata Umairah. Aniyah tersenyum lalu mengangguk.
“Cik Niya kata tak nak makan beratkan.. jadi saya beli mee hailam. Boleh?” tanya Umirah pantas menyua sendu dan garpu kepada ketuanya.
Aniyah tersenyum dan mengangguk buat kali kedua. Dia menyambut sendu dan garpu yang dihulurkan pembantunya. “Apa-apa pun boleh. Janji jangan nasi.”
Umairah tersenyum mendengar kata-kata ketuanya itu. Dia mengambil tempat di hadapan Aniyah. “Tak sangka pula ramai orang hari kan?”
“Biasalah cuti hujung minggu,” balas Aniyah.
“Ya tak ya kan..” Umairah ketawa kecil. “So macam mana Cik Niya? Berminat dengan kondominium tu?”
“Hmm..sedang dalam pertimbangan. Awak rasa macam mana?”
“Kalau sayalah jadi Cik Niya. Saya beli kot. Rugi kalau tak beli.” Umairah ketawa kecil. Kuah mee bandung disudu ke mulutnya. “Harga rumah makin hari makin naik.”
“Awak pun mampu Umai,” sela Aniyah.
Umairah tersenyum. “Kalau ikut gaji memang mampu tapi bila fikir mak ayah dengan adik-adik kat kampung, memang tak mampu.” Dia ketawa di hujung katanya.
Aniyah terdiam tidak semena-mena. Hilang kata-katanya. Dia tahu latar belakang Umairah. Ayah Umairah hanya melakukan kerja-kerja kampung. Ibunya pula berniaga kuih secara kecil-kecilan. Adik-beradik Umirah pula masih kecil. Umairah anak ketiga dari sembilan adik-beradik. Kakak sulungnya sudah berkahwin. Sementara abang keduanya berada di Ireland, mengikuti master dalam bidang perubatan.
 Katanya Umairah, dia perlu berjimat kerana tanggungjawab mencari nafkah lebih kepadanya. Dia tidak mahu membebankan kakaknya yang sudah beranak satu. Lagipun suami kakaknya bukan orang berada. Kerani di sekolah sahaja. Manakala abangnya masih menuntut dan tentunya biasiswa yang diterima hanya cukup untuk pembelanjaan di sana. Cuma kadangkala abangnya ada juga memasukkan duit ke akauannya walaupun ditegah.
            Prinsip Umairah itu membuatkan Aniyah jadi kagum dengan pembantunya. Bagi Aniyah, Umairah seorang yang bertimbang rasa. Tahu kepentingan antara keperluan dan kehendak. Paling utama dia kagum dengan prinsip keutamaan gadis di hadapannya. Keluarga adalah segala-galanya. Dia pernah mengikut gadis ini pulang ke kampung halamnannya.
            Dapat dilihat ukhwah yang kukuh terjalin di rumah papan dua tingkat keluarga Umairah.  Mereka saling memberi dan menerima. Saling menghormati dan bertimbang rasa. Walaupun tidak hidup mewah tapi kebahagian itu tetap ada.
Benarlah kata orang, duit bukan jaminan kebahagian. Walaupun duit boleh beli segala-galanya tetapi ada seperkara duit tidak bernilai. Nilai duit tidak mampu menandingi nilai perasaan dalam membina sebuah kebahagian.