Penulisan di sini hanyalah satu garapan imaginasi biasa sahaja, tiada kena-mengena dengan sesiapa..jika ada itu hanya satu kebetulan..Maaf andai ada yang terasa..Maaf juga untuk sebarang kekurangan..saya mengalu-alukan sebarang komen sahabat sekalian...

Friday, November 23, 2012

Novel: Jangan Bersedih Lagi (Bab 17)


Novel 17

Nasib baik pembentangan dijangka diadakan pada pukul 10 pagi disebabkan Dato Said ada hal yang perlu diuruskan. Dapatlah Aniyah membuat persediaan dengan melihat semula dokumen-dokumen yang telah dia siapkan. Slide power point yang dibuatnya juga diperhati satu demi satu.
            Tok!! Tok!!
            “Masuk,” arah Aniyah sambil matanya tidak lepas dari skrin laptop.
            Sorry ganggu Cik Niya.” Kedengaran suara Umairah di kamar kerja Aniyah. Pantas Aniyah memagung kepalanya.
            “Tak apa. Ada apa?”
            “Baru sebentar tadi Encik Saiful telefon saya. Dia minta saya maklumkan pada Cik Niya yang dia tunggu Cik Niya di kafeteria pejabat sekarang.” Umairah tersenyum ketika menyampaikan pesanan Saiful pada Aniyah.
            Sebaik mendengar hajat yang dibawa Umairah itu, Aniyah langsung menyambung kerjanya. “Awak cakap dengan bos kita tu yang saya sibuk.”
            Berubah wajah Umairah sebaik ayat itu terbit dari bibir Aniyah. “Tapi dia cakap, Cik Niya diwajibkan turun ke kafeteria sekarang juga.” Perkataan wajib ditekan Umairah bagi menunjukkan bahawa peri pentingnya Aniyah mengikut amanat yang disampaikannya sebentar tadi.
            “Kalau macam tu, awak sahajalah yang gantikan tempat saya. Saya betul-betul sibuk dan tak ada masa nak terima apa-apa temu janji sekarang.”
            Umairah telan air liur. Dia kalut mendengar kata-kata Aniyah. “Mana boleh macam tu Cik Niya. Mana saya biasa makan berdua dengan bos. Kang ada pula gosip-gosip liar di pejabat. Tak mahulah saya.” Umairah cuba menyelamatkan dirinya daripada dipaksa menggantikan tempat ketuanya. Oh tidak sama sekali dia duduk semeja dengan anak pemilik syarikat yang mempunyai pengaruh yang cukup luar biasa. Siapa yang mahu cepat terkenal di syarikat, cara mudahnya adalah berdampingan dengan lelaki itu. Cepat sahaja mulut-mulut yang kuat menjaja cerita menjalankan kerja-kerja terkutuk itu.
            “Awak ingat saya biasa ker makan dengan dia,” sela Aniyah. “Dahlah buat tak tahu ajelah. Masing-masing sibuk. Tak ada masa nak layan kerja tak berfaedah tu.”
            “Tapi...”
            “Memang dia bos tapi tak semua perkara dia boleh buat sesuka hati dia,” potong Aniyah sebelum sempat Umairah menghabiskan kata-katanya. Dia memang tiada masa mahu melayan kerenah Saiful. Dia banyak kerja lain yang perlu dilakukan daripada melayan lelaki itu. “Walau kita pekerja bawahan tapi kita masih ada hak untuk bersuara. Kita ada etika berkerja.  Jadi selagi kita di landasan betul, pedulikan apa yang menggugat kedudukan kita.  Jika dia nak lawan, kita lawan balik dengan cara profesional!” tegas Aniyah.
            Sudahnya Umairah mengangguk akur.  Nampaknya dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Ketuanya itu sudah memuktamadkan keputusannya. Dengan ini, dia perlu bersedia untuk berhadapan pula dengan anak pemilik syarikat. Aduh pening kepala apabila terpaksa menjadi orang tengah.
            “Kalau macam tu, saya pinta diri dululah,” ucap Umairah.
            “Nanti awak kunci terus pintu bilik saya.  Kalau ada panggilan yang tiada kaitan dengan kerja, tolong tapis. Saya sangat sibuk untuk hari ini!”
            Sekali lagi Umairah hanya mampu mengangguk. Faham benar dengan arahan yang baru disampaikan Aniyah sebentar tadi. 

4 comments:

  1. terima kasih..jemput singgah lagi :)

    ReplyDelete
  2. Seronok dapat sambung baca novel ni. Apa akan jadik pada Umairah ye? Emmmm...

    ReplyDelete
  3. Umairah?? datanglah slalu utk tahu perkembangan cerita..terima kasih atas skongan :)

    ReplyDelete